Showing posts with label kata hikmat dari facebook. Show all posts
Showing posts with label kata hikmat dari facebook. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Karakter yang berkualiti Lebih berharga daripada 100 unta merah

 

“Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam perjalanan jauh.” [Hadith riwayat al-Bukhari]

Sebarang usaha untuk melembik dan menggedikkan pemuda umat ini, akan saya banteras dengan upaya yang ada, moga dibantu Allah.

Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”

Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”

‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”

Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”

Monday, April 23, 2012

Ingat Allah

Imbangkan Antara Merancang dan Berusaha Bermati-matian dengan Bertawakkal Penuh Kepada Ilahi



‎"Rehatkan dirimu dari sibuk mengatur urusanmu, kerana segala yang telah diurusuntukmu oleh "Selainmu", tidak perlulah lagi kamu turut mengurusnya"

أَرِحْ نَفْسَكَ مِنَ التَّدْبِيْرِ، فَمَا قَامَ بِهِ غَيْرُكَ عَنْكَ لاَ تَقُمْ بِهِ لِنَفْسِكَ

Selepas kita merancang dan mengatur masa hadapan kita dengan pelbagai ilmu strategi moden; ambillah masa untuk melupakan sementara usaha kerdil kita itu

Tumpukan dengan yakin disebalik itu semua, Dialah Pengatur sebenarnya. Dia hanya minta kita lakonkan untuk mencari sebab musabab atau course and effect. Bersungguhlah kita mengatur dan merancang, tapi bagi masa untuk menyerahkannya kepada Ilahi

Itulah azam dan tawakkal namanya

Cubalah ukur banyak mana masa kita merancang dan banyak mana pula kita bertawakkal. Ada yang bergaduh sesama mereka pasal perancangan, tetapi mereka lupa keputusan akhir di tangan Allah S.W.T jua

Ini sekali lagi, tidak menafikan kepentingan merancang. Kata-kata Ibnu Athaillah di atas sekadar mengimbangkan antara kesibukan merancang dan kesibukan bertawakkal. Moga tidak disalah ertikan kata-kata hikmah ini

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN (1938 - 2004)



KEPADA PEMUDA DAN PEMUDI

Wahai anak-an
akku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. 

Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.

Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.

Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


SUMBER : Jkkk Fan Club

Sunday, March 25, 2012

Nilai Sebuah Kejayaan

 

Sesungguhnya air membawa banyak manafaat kepada kehidupan manusia. Lihatlah dan renungkan sifat air, mengalir dari tempat tinggi tanpa henti, menyusuri puluhan, ratusan malahan ribuan kilometer merentasi dan mengharungi apa saja hanya untuk satu tujuan ke muara. Jika mahu memahami…

“Air adalah guru kehidupan”. Titisan demi titisan air yang menerjah kepermukaan batu yang keras mampu memecahkan batu yang keras.

Imam al Hafiz Ibn Hajar al Asqalany…mendapat kembali kekuatan dan semangat apabila merenungi dan menghayati keperkasaan titisan air yang mampu memecahkan batu yang besar dan keras. Beliau melihat betapa perlunya seseorang hamba ALLAH SWT itu untuk beristiqamah dan konsisten dalam mencari ilmu dan membina kejayaan. Mencari ilmu untuk membina kejayaan duniawi dan ukhrawi memang terlalu sukar dan terpaksa melalui ranjau yang amat sukar. Dari sifat istiqamah dan konsisten dalam mencari ilmu dan membina kejayaan ini maka terhasilnya karya karya agong dan amat berharga dari usaha dan kerja keras Imam al Hafiz ibn Hajar seperti Bulugh al Maraam, al Hisabah, Lisan al Mizan. Malahan bukunya yang bernama Fath al Bary (kitab yang mengupas buku sohih al Bukhary ) menjadi rujukan para pengkaji hadis.

Air mampu mengajar Ibn Hajar untuk menjadi seorang yang konsisten dan sentiasa beristiqamah dalam mencipta kejayaan, bagaimana dengan kita? Hidup perlu terus konsisten, jangan sesekali menyerah kalah dalam memperjuangkan cita-cita, Allah SWT pasti akan sentiasa membantu kita untuk meluruskan jalan dan Istiqamah untuk meraih kejayaan.

Ketahuilah, kejayaan hanya akan dicapai oleh mereka yang sentiasa konsisten dan beristiqamah iaitu mereka yang sentiasa tetap dan tidak berubah-ubah pendiriannya untuk mencipta sesuatu kejayaan itu
 

Tuesday, March 6, 2012

HIDUPKU...HIDUPMU...HIDUP KITA - HIDUP ALLAH

kadang kita inginkan kebahagian dalam hidup tapi... 
derita dan keperitan yang datang
kemudian kita kata " Adakah Allah tidak memandang diriku? "
Allah tidak pernah terlepas pandang hamba hambaNya
malah Dia sangat menyayangi hamba hambaNya..

Buktinya

Allah sentiasa memberi kita peluang untuk bertaubat
Masih lagi membenarkan kita menghirup udara
Masih lagi membenarkan kita berjalan diatas muka bumi
Masih lagi memberikan kita kekuatan untuk meneruskan kehidupan

kita bersedih kerana kita seorang yang miskin
kenapa perlu bersedih dan malu?
usaha perlu kita laksanakan kerana Allah sudah menolong kita dengan memberikan tenaga
sebagai seorang muslim kita mempunyai senjata yang sangat hebat iaitu DOA.
terus berdoa padaNya.. Allah tidak pernah mengabaikan doa hambaNya...
jangan kata kenapa doa aku tak makbul...
percaya pada Qada dan Qadar...
setiap apa yang Allah lakukan pada kita pasti ada hikmahnya

Contohnya...

Rabiatul Adawiyah dilahirkan dalam keadaan yang sangat daif
sehinggakan ayahnya perlu meminta pertolongan jiran untuk secebis kain
untuk membaluti tubuh kecil insan yang agung itu...
tetapi tidak ada seorang jirannya yang mahu menolongnya...
dengan berkat kesabaran seorang ayah dan ibu
dan doa yang tidak putus putus akhirnya
dia menjadi seorang Srikandi Islam yang agung

siapapun kita jangan lupa
orang yang terdahulu dari kita lebih merasa keperitan dari kita
seperti insan agung Muhammad SAW dan para sahabat
yang bergadai nyawa dalam mempertahankan islam
adakah kita ingin mengadaikan islam demi kemewahan dunia?
wang penting untuk meneruskan kehidupan didunia
tapi amal ibadah penting untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak

Tepuk dada tanya Iman Masing-masing...

tidak semestinya sesuatu yang baik itu untuk kita
dan tidak semestinya sesuatu yang buruk itu pula buruk untuk kita
bermuhasabahlah diri kita sebagai seorang muslim...

ILAL LIQO'



Thursday, December 22, 2011

the POWER OF ALLAH


THERE IS NO POWER EXCEPT THE POWER OF ALLAH.....

" Tiada...tiada... KEBETULAN dalam dunia ini.... segala-galanya berada di dalam PENGUASAAN Allah subhanahuwata'ala..."

Tuesday, December 20, 2011

Jom renovate bilik


Manusia biasanya, dalam kepala mereka ada tiga bilik tertentu.

Bilik 1. Sibuk dan terkenag dengan sejarah yang telah berlalu. Sedih atau gembira dan berbangga atau menyesal terhadap apa yanh telah berlalu.

Bilik 2. Sibuk dengan isu-isu semasa. Menyalahkan atau berbangga dengan apa yang berlaku atau apa yang dilakukan. Suka beri komentar terhadap apa yang berlaku. Pengkritik sepenuh masa.

Bilik 3. Sentiasa memikirkan masa hadapan dan apa sumbangan dan penyelesaian yang boleh disumbangkan. Bilik ini sangat sempit bagi orang yang berfikiran negatif.

Ayuh besarkan bilik 3 tanpa menafikan bilik 1 dan 2. Jadilah kita penyumbang kepada masa hadapan. Persiapan buat "day after".

Sunday, December 18, 2011

Permudahkan segala Urusan




Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Permudahkanlah semua urusan dan jangan menyusahkannya, berilah khabar gembira dan janganlah membuat sesuatu yang menyebabkan orang lain lari.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Huraian
1. Islam adalah agama yang mudah dan senang diamalkan oleh setiap golongan, oleh itu hendaklah ia dipermudahkan dan janganlah dijadikan sebagai sesuatu bebanan.

2. Umat Islam hendaklah sentiasa menyampaikan perkhabaran yang menggembirakan dan janganlah menimbulkan perkara-perkara yang membawa kepada kesulitan hidup.

3. Islam menuntut agar umatnya berdakwah ke jalan Allah dengan penuh hikmah dan bijaksana supaya ia boleh diterima dengan mudah dan rela.

Saturday, December 17, 2011

Fakta Misteri

Takut penjahat, kita lari.... 





takut binatang buas, kita lari... 
            


takut ombak, kita lari...
  
hanya apabila TAKUTKAN ALLAH, kita akan DEKAT PADANYA... misteri bukan?

        
Subhanallah! Hebatnya Allah...

Memilh Sahabat yang Baik..


Tahukah kamu seorang sahabat yg baik itu boleh jadi jalan ke syurga ?
Jadi bagaimana memilih sahabat yg baik ?
Semak tiga kualiti berikut :

1 Tatkala melihat dia, akan membuat kamu mengingati Allah Ta'ala.
2 Cara hidup dia menjadi panduan utk jalan menuju keredhaan Allah Ta'ala.
3 Ucapan dan kata2nya mendorong kepada peningkatan iman.

Friday, December 16, 2011

Renungan: Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah." (riwayat al-Tirmizi)

3 Perkara yang tak perlu difikirkan..

1- Jangan kamu fikirkan tentang kemiskinan kerana akan menyebabkan kamu risau dan menambahkan kerakusan.

2- Jangan kamu fikirkan tentang kezaliman orang lain terhadap dirimu kerana akan menambahkan kekerasan hatimu dan kedengkianmu serta akan berlanjutan kemarahanmu.

3- Jangan kamu berfikir untuk kekal di dunia kerana akan menggalakkan kamu menghimpunkan harta dunia dan menunda amal ibadatmu serta melalaikan Akhirat.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S : 907.

Finding the Mr Right

‎"A Woman once asked her mother, "Mother, how will I ever find the right Man?"
Her mother replied, "Forget finding the 'right' Man, focus on being the right Woman."
- Facebook:Stunning Hijabs

Monday, December 12, 2011

Life is full of Test

Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "UJIAN" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita BURUK SANGKA terhadap Allah SWT.

Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu, pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah... .dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya..... segala jawapan ada di dalamnya... .

The best things never come easy

The best things never come easy.   Begitu juga syurga, perlu pengorbanan yang besar untuk mendapatkannya kerana nilainya terlalu mahal.  Mari kita sama-sama berusaha untuk mendapatkannya ganjaran ke syurga.