Showing posts with label video ukhuwah fillah. Show all posts
Showing posts with label video ukhuwah fillah. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Doa Rabitah

Ya Allah, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban da'wah Mu, Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at Mu, maka eratkanlah Ya Allah aka ikatannya.  Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.  Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar).  Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap.  Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang Mu...(jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama Mu.  Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.  Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.