Wednesday, November 30, 2011

Sudikah Wahai Akhwat

assalamu'alaikum.

"akhi/ukhti yang mao share silahkan asal sertakan sumbernya"

Bismilah...*•Dengan•*´¯)Menyebut asmanya ku panjatkan puji syukurku kehadirotnya karna Kesmpurnaan kasih sayang-Nya meninggalkan kesan yang teramat dalam.
Shalawat serta salam senantiasa tercurah untuk kekasih Allah, Habibana wa nabiyana Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.

Sudikah Wahai Akhwat

akhwat

Langkahku kian cepat
Terdorong hembusan nan kuat
Angin kencang awali musim semi
Kikis sang bongkahan putih



Teruntuk sang akhwat yang tak pernah lupa akan statusnya...
Benahi Harimu dengan apa yang baik menurut syari`at agamamu....
tak sedikit ku jumpai hanya dengan kata manis indah nan mepesona Kau Sudi melepas setatusmu, tak jarang ku temukan hanya dengan harta mobil mewah serta perhiasan kau sudi menjawab "tak apa hanya sekali",
sering pula ku mendengar hanya karna kecerdasan dan kepintaran serta gelar pendidikan kau sudi mengatakan "demi prestasi apa sih yang enggak..?"....
wahai Ukhti sang calon bidadari surga
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa, Lelaki yang Shaleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, Lelaki yang Waro’ tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi ya Ukhti
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya… Lelaki yang Shaleh tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang Wara’ juga tak mau bermain cinta sebabnya dia tau apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Wahai akhwat wa uktina fillah
Jagalah pandanganmu,
Jagalah pakaianmu,
Jagalah akhlakmu,
Kuatkan pendirianmu
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
Cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. 

Wahai akhwat wa uktina fillah
biarlah tangan yang menggoncang buaian ini dapat menggoncang dunia dalam menggapai keridhaan ILAHI.
Jangan sesekali.. tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya. 

Wahai akhwat wa uktina fillah
saya hanya berniat "nahyi munkar", terserah kalian mau nanggapinnya gimana, saya merasa sedikit punya ilmu dan pengetahuan yang harus di bagikan.

_Wallahu A'lam Bisshowaab..

Robbanan_fa'na Bimaa 'alamtana
Robbi 'alimna Al-ladzi yanfa'una
..Amiin..

 ✿`*•.¸¸.•* wassalamu'alikum `*•.¸¸.•*
{salam santun ukhuwah islamiyah}

 Baca Juga Artikel menarik lainnya Seperti Artikel yang berjudul Aku wanita Yang Dilindungi

Bulan Muharam dan Kemuliaan Hari Asyura

 
Setiap tahun moga anda dalam kebaikan. Wahai saudara-saudara yang dimuliakan, saya ingin berbicara dengan anda di kala kita berada di ambang tahun Hijrah yang baru, kita memohon Allah menjadikannya lebih baik, sentiasa dalam kemuliaan dan kemenangan dan memperkasakan umat Islam kita dan merealisasikan impian yang anda harap-harapkan.
Kita menyambut tahun baru Hijrah di saat umat telah menghirup angin kebebasan dan kemuliaan, dan kini hanya di hujung jalan untuk mencapai objektifnya dan memenuhi aspirasi bangsa mereka.

Beberapa ketika umat kita hidup dalam kesakitan siang dan malam, keadaan umat yang menderita, ketidakupayaan anggota umat dan cengkaman pemerintah ke atas umat dan Negara menjadi terbiar dan tertinggal sehingga membangkitkan keinginan umat di negeri ini selepas rakyat mengadakan perarakan selama sebulan hingga mencetuskan kehebatan dan kekaguman di hati orang lain. Umat Islam telah menjalani kehidupan untuk suatu tempoh masa tanpa kedudukan pengaruh dan berada di barisan kepimpinan dan merasai kepimpinan dari mereka yang kehidupannya di sinari cahaya iman sejak berabad-abad lamanya.

Masa telah berlalu sehingga datang kemuliaan kaum yang lain
Yang cedera dan sakit semua bebas mengajukan soalan: di mana umat Islam?

Di atas kehendak Allah telah menentukan bahwa malam yang panjang telah berlalu. Kini muncul fajar yang baru dan terbit cahaya matahari umat kita ke alam nyata. Di sini kita melihat kesejahteraan telah meresap di sendi-sendi dan otot-otot umat kita, dan mula berdiri di atas kakinya, bangkit dari tersungkur, bangun dari tidur dan meneruskan perjalanannya lagi. Pada hemat saya bahawa tahun ini akan menyaksikan kebangkitan dan pembangunan semula umat, kekuatan dan kesejahteraan.

Di kesempatan kita menyambut ketibaan tahun baru Hijrah izinkan saya bercakap tentang bulan Muharram dan hari Asyura, yang merupakan di antara hari-hari yang baik di sisi Allah.

Bulan Muharram

Ayuhlah kita perhatikan bahawa Allah telah membuka tahun baru dengan bulan Muharram dan menutupnya dengan bulan Zulhijjah. Tiada bulan yang paling utama di sisi Allah dalam setahun selepas bulan Ramadan selain dari bulan Muharram. Bulan ini dipanggil bulan “Syahrullah al-Ashom” kerana kehormatan dan kemuliannya itu, sepertimana yang dikatakan oleh Hasan al-Basri ra. Diriwayatkan dari An-Nasaie daripada Abu Zar Ghaffari ra berkata:


Saya bertanya kepada Rasulullah saw: “Apakah malam yang paling baik? Dan manakah bulan yang lebih afdhal?? Nabi bersabda (bermaksud): "Sebaik-baik malam ialah pada tengah malamnya, dan sebaik-baik bulan ialah bulan Allah yang kamu panggil Muharam" .

Adalah sunat untuk berpuasa, kerana terdapat hadits yang sahih dari Rasulullah saw yang melaporkan bahawa berpuasa di bulan Muharram adalah sebaik-baik  puasa selepas bulan Ramadhan. Laporan itu disokong oleh hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw berkata (bermaksud): 

"Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan adalah bulan yang anda panggil Muharram, dan sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat di malam."

Ini adalah seruan untuk semua muslimin yang dikasihi supaya menyempurnakan kunjungan  mereka di bulan Muharram yang mulia ini. Mereka melakukan perjalanan dengan jalan yang baik, mengisinya dengan ketaatan, menghiasinya dengan ibadah, mengambil kesempatan dengan perbuatan baik dan menjauhi perbuatan jahat. Juga untuk merealisasikan dalam diri mereka erti kesejahteraan seperti yang mereka serukan hingga tercapai pembaharuan dan perubahan. Begitulah mereka mengikuti sunnah alam dalam melakukan perubahan dengan cara yang terbaik dan paling afdhal:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11).

Hari Asyura

Pada bulan yang mulia ini terdapat hari yang baik dan keberkatan yang banyak. Ia mempunyai kedudukan yang agong dan kemuliaan sejak dahulu kerana para nabi berpuasa pada hari ini. Tidak pernah diketahui bahawa para nabi berpuasa seperti hari Asyura. Ini kerana kedudukannya yang mulia dan tinggi yang merupakan hari bertaubat, iaitu hari Allah menerima taubat Nabi Adam as dan Allah menerima taubat umat nabi Yunus as, seperti yang dilaporkan oleh Amirul Mukminin Ali ibn Abi Talib ra bahawa Nabi saw bersabda (bermaksud):

"Jika anda ingin berpuasa selepas bulan Ramadan, maka berpuasalah pada bulan Muharram. Ia bulan Allah dan terdapat hari yang Allah terima taubat ke atas suatu kaum dan menerima taubat orang-orang yang lain, " Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya dan al-Tirmizi dalam Sunan beliau (Kitab Puasa).

Kata-kata Rasulullah saw: “Allah menerima taubat orang-orang yang lain”: adalah untuk menggesa orang ramai dan menggalakkan mereka supaya memperbaharui taubat nasuha mereka pada hari Asyura sambil mengharapkan keampunan dan kasih sayang, serta berharap Allah menerima taubat mereka sepertimana Allah menerima taubat orang-orang lain yang bertaubat sebelum mereka.

Kita berdoa kepada Allah SWT supaya menerima taubat kita semua dan mengampunkan dosa-dosa kita dan memberikan rahmat kepada kita. Kita ulangi bersama-sama:

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Al-A’raf: 23).

Hari Asyura ialah hari di mana Allah telah selamatkan Nabi Nuh as daripada tenggelam apabila bahtera yang dinaiki dapat berlabuh di Gunung Judi. Lalu Nabi Nuh berpuasa sebagai tanda syukur kepada Allah SWT yang telah menyelamatkan nyawa baginda dan orang-orang beriman yang bersama dengannya.

Hari Asyura adalah hari di mana Allah telah selamatkan Nabi Musa as dan pengikut-pengikutnya dari ancaman Firaun dan tenteranya. Lalu Nabi Musa dan kaumnya berpuasa sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. 

Riwayat oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah ibn Abbas ra berkata:

“Apabila Nabi SAW datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”.

Nabi saw berpuasa pada hari Asyura juga seperti yang dilaporkan oleh Abdullah bin Abbas ra katanya: 

"Saya tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa pada satu hari yang beliau lebih muliakan dari yang lain kecuali hari ini, hari Asyura. Bulan ini bermakna bulan Ramadan" (Bukhari dan Muslim).

Ia membuktikan bahawa Nabi saw berpuasa dan mengambil berat tentang puasa pada hari Asyura, dan mengarahkan para sahabat berpuasa sebelum difardukan puasa bulan Ramadan. Baginda terus berpuasa hari Asyura selepas difardukan puasa bulan Ramadan dan baginda  berpuasa sehingga tahun meninggal dunia.

Puasa pada hari Asyura menebus dosa-dosa setahun yang lalu

"Dan ditanya (Rasulullah saw) tentang berpuasa pada hari 'Asyura'? Maka Baginda bersabda: "Ia menebus dosa setahun yang telah lalu." (Hadits riwayat Muslim)

Orang-orang salih terdahulu dari umat nabi Muhammad sangat mengambil berat tentang berpuasa pada hari Asyura di mana mereka tetap berpuasa sungguhpun mereka melakukan perjalanan. Di antaranya Abdullah bin Abbas dan Imam Zuhri ulamak Tabien. Beliau berkata: Ramadhan merupakan beberapa hari yang tertentu sedangkan hari Asyura cepat akan berlalu. Imam Ahmad juga berpuasa hari Asyura semasa dalam perjalanan.

Tingkatan berpuasa pada hari Asyura ada tiga;

Pertama: Paling sempurna, iaitu berpuasa sehari sebelum dan sehari selepas, Insya Allah akan menerima ganjaran penuh dariNya.

Kedua: Berpuasa sehari sebelum atau selepasnya, iaitu berpuasa pada kesembilan dan kesepuluh Muharram, atau puasa pada kesepuluh dan kesebelas Muharram; Dengan itu tercapai seperti yang diingini oleh Nabi saw yang mahukan perbezaan cara berpuasa dari orang-orang Yahudi dan membuktikan penerimaan tawaran untuk berpuasa pada hari Asyura, dan puasa pada hari sebelum atau selepas.

Ketiga; Anda menghadkan berpuasa pada Asyura sahaja. Dengan itu memperolehi kebaikan berpuasa pada hari Asyura seperti yang diberitahu oleh Rasulullah saw: Bahawa berpuasa pada hari Asyura akan menebus dosa tahun lepas.

Biasakan anak-anak dan latih mereka berpuasa pada hari Asyura

Allah SWT meredhai para sahabat Nabi saw; kerana mereka sangat pantas dalam menyahut panggilan dan lebih bersemangat untuk melakukan ketaatan dan mendapatkan ganjaran. Mereka bukan sahaja tidak memadai memenuhi panggilan untuk diri mereka semata-mata tetapi turut berminat untuk melibatkan anak-anak yang remaja dan yang kecil berpuasa pada hari Asyura.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dalam kitab Sahih mereka, dari Rabi’ binti Mu'awwiz r.h berkata:

"Rasulullah saw telah menghantar wakil pada pagi hari Asyura ke kampung-kampung Ansar di sekitar Madinah sambil berpesan: "Sesiapa yang sedang berpuasa, maka hendaklah dia menyempurnakan puasanya dan sesiapa yang tidak berpuasa, maka hendaklah dia berpuasa esoknya."

“Selepas itu kami pun berpuasa dan menyuruh anak-anak kecil kami berpuasa, Insya-Allah, dan kami bawa mereka ke masjid dan menyediakan permainan dari bulu yang dicelup untuk mereka, jika salah seorang daripada mereka menangis meminta makanan,   kami berikan semasa berbuka nanti.”

Dalam riwayat lain:

“Kami menyediakan permainan dari bulu yang dicelup. Kami bawa anak-anak bersama. Jika mereka meminta makanan, maka kami berikan mereka permainan yang melalaikan mereka sehingga selesai puasa. "

Dalam hadits ini menunjukkan bahawa para Sahabat yang mulia memahami dari Rasulullah saw tentang nilai puasa pada hari Asyura, kemuliaan dan kedudukan, dan mengetahui ganjaran yang besar darinya. Dengan itu, lalu mereka bersungguh-sungguh berpuasa dan menyuruh anak-anak mereka berpuasa. Di dalam hadits menjadi petunjuk yang jelas tentang tanggungjawab ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka dalam keimanan, ketaatan dan ibadat, membiasakan dan melatih mereka sehingga membesar dalam ketaatan dan membiasakan diri dengannya, dan tidak pula merasa sukar apabila dia besar nanti walaupun pada usia kanak-kanak belum ditaklifkan lagi. Namun, membiasakan kepada ketaatan dan melatih kepada ibadah akan membantunya ketika sampai usia baligh dan telah ditaklifkan.

Hadits ini menjadi panduan jelas kepada kedua ibubapa yang takutkan Allah dan ingin mendapat ganjaran dan pahala, dan prihatin untuk melatih anak-anak mentaati Allah. Pimpinlah tangan anak anda kepada ketaatan, ke masjid dan melakukan amal salih. Jadikanlah ia berjalan dalam bayangan anda dan anda menuju kepada Tuhan. Anda hendaklah bersungguh-sungguh mendidik anak-anak  dalam iman dan ketaatan. Juga bersungguh-sungguh dalam pendidikan fizikal, pembangunan minda dan pengembangan ilmu.

Bacalah bersama-sama doa yang diajarkan kepada kita: 

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.  (Al-Furqan: 74).

Semoga Allah menerima amal-amal kami dan anda, dan membantu kita untuk taat kepadanya. Selawat dan salam ke atas Muhammad saw yang mengajar orang kepada yang baik.

------
* Mantan Ahli Parlimen dan seorang peguam di Jabatan Mahkamahh Rayuan dan Perlembagaan Persekutuan.

Hijrah Merubah Jatidiri Ummah

Tidak terasa bahwa kita kini telah memasuki tahun baru 1433 Hijriah atau tepatnya saat ini kita sudahpun berada di bulan Muharram.
Perkataan “Muharram berasal dari akar kata“harrama” yang mengalami perubahan bentuk menjadi“yuharrimu-tahriiman-muharraman-muharrimun“.
Perkataan “muharraman” membawa erti “YangDiharamkan.
Apakah yang diharamkan ?
Peperangan atau pertumpahan darah!
Ini sebagaimana firman Allah swt :
“Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah sebagaimana disebut di Kitabullah ada 12 bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, dan terdapat 4 bulan di dalamnya merupakan bulan yang diharamkan”. (QS At Taubah : 36)
Membicarakan bulan Muharram pasti tidak akan terlepas dari peristiwa Hijrahnya Nabi Muhammad sawdari Makkah ke Madinah, iaitu pada tahun 622 M.
Hijrah itu sekaligus menjadi tonggak awal bermulanya kalender Islam. Ini bererti hijrah Rasulullah sawbeserta para sahabatnya ke Madinah telah berumur 1433 tahun.
Sebuah peristiwa bersejarah yang patut dikenang dan boleh menjadi proses transformasi kerohanian.
Di dalamnya terkandung makna dan keteladanan untuk sebuah pengorbanan sejati yang menggambarkanpenentangan terhadap kebatilan sekaligus sikap konsisten mengutamakan kepentingan misi di ataskepentingan yang lain agar ia tetap utuh dan terjaga dari kerosakan meskipun perlu menitiskan darah namunmereka tetap meninggalkan negeri, harta, sanak saudara  dan sahabat handai tercinta.
Dalam peristiwa tersebut, tergambar dengan begitu jelas keperibadian seorang manusia yang :
a.       Begitu kukuh dalam memegang prinsip yang diyakini.
b.      Teguh dalam mempertahankan aqidah.
c.       Gigih dalam memperjuangkan kebenaran.

Sehingga dengan bangganya sejarah telah menorehkan tinta emasnya untuk mengenang peristiwa tersebut agar dapat dijadikan kayu ukur dalam pembangunan masyarakat yang :
1.      Bersifat rabbani dan madani.
2.      Tegak di atas kebaikan.
3.      Tegas terhadap kekufuran.
4.      Lemah lembut terhadap sesama muslim.

PENGERTIAN HIJRAH
Secara harfiah, hijrah bererti berpindah.
Secara istilahnya, ia mengandungi dua makna iaitu :
  1. Hijrah Makaniah.
  2. Hijrah Manawiah.
Hijrah Makaniah’ ertinya hijrah secara fizikal iaitu berpindah dari :
“Suatu tempat yang kurang baik menuju yang lebih baik atau dari negeri kafir menuju negeri Islam.
Adapun ‘Hijrah Manawiah’ ertinya berpindah dari :
“Nilai yang kurang baik menuju nilai yang lebih baik atau dari kebatilan menuju kebenaran atau juga dari kekufuran menuju keIslaman.
Dua makna hijrah tersebut sekaligus terangkum dalam hijrah Rasulullah saw dan para sahabat baginda ke Madinah.
Secara ‘Makaniah’ jelas mereka berjalan dari Makkah ke Madinah menempuh padang pasir sejauh kurang lebih 450 km.
Manakala secara ‘Manawiah’ pula jelas mereka berhijrah demi terjaganya misi Islam.
Walaubagimanapun hijrah secara ‘Makaniah’ telah berakhir dengan penaklukan semula kota Makkah oleh Rasulullah saw dan para sahabat sepertimana yang disebut di alam sebuah hadith :
“Tidak ada hijrah setelah penaklukan kota Makkah, akan tetapi jihad dan niat, dan jika kamu diminta untuk pergi berjihad maka pergilah.” (HR Bukhari)
Meskipun hijrah ‘Makaniah’ itu dinyatakan sudah tertutup, ia bukanlah bererti konsep hijrah tidak mempunyai fungsi lagi kerana Rasulullah saw pernah menyatakan bahwa hijrah juga berlaku secara‘Ma’nawiah’ iaitu dalam ruang lingkup transformasi nilai.
Berikut adalah sejumlah aspek yang menjadi intipati hijrah secara ‘Ma’nawiah’ berdasarkan penjelasan perkataan hijrah dari Al-Qur’an dan As Sunnah :
PERTAMA : MENINGGALKAN PERBUATAN DOSA DAN MAKSIAT
Rasululah saw bersabda :
“Muslim adalah seseorang yang menghindari menyakiti Muslim dengan lidah dan tangannya. Dan muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua apa yang Allah telah larang.” (HR Bukhari)
Al-Quran dalam beberapa ayatnya juga mengisyaratkan hijrah secara ‘Ma’nawiah’ berupa meninggalkan dosa, iaitu:
“Dan berbuat dosa, tinggalkanlah.” (QS Al-Muddatsir : 5)
KEDUA : MENJAGA PERGAULAN DAN LINGKUNGAN YANG RUSAK
Hijrah secara ‘Ma’nawiah’ juga bererti menghindarkan diri dari pengaruh negatif akibat bergaul dengan lingkungan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.
Allah swt berfirman :
“Dan bersabarlah terhadap apa yang mereka (orang kafir) ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.” (QS Al-Muzzammil : 10)
KETIGA : BERIBADAH KEPADA ALLAH PADA SITUASI SUKAR DAN PENUH FITNAH
Rasulullah saw bersabda :
“Beribadah pada ketika masa ‘harj’ adalah seperti hijrah kepadaku.” (HR Muslim)
Pada ketika fitnah bermaharajalela seperti sekarang ini di mana :
  1. Manusia bercampur baur antara lelaki dan perempuan.
  2. Wanita tidak menutupi auratnya.
  3. Kejahatan disiarkan di internet, televisyen dan radio.
  4. Muzik, pengambilan arak dan hukum kufur yang tersebar luas.
  5. Manusia yang baik dikatakan jahat.
  6. Manusia yang rusak akhlak dipuji dan dijadikan model.
Maka beribadah kepada Allah pada ketika ini adalah seperti hijrah kepada Nabi Muhammad saw.
KEEMPAT : MENYUBURKAN BERBAGAI PRESTASI KEHIDUPAN (ILMU, TEKNOLOGI DAN BUDAYA) DALAM RANGKA MEMBANGUN PERADABAN ISLAM
Hijrah bukanlah semata-mata berlaku secara kebiasaannya iaitu perubahan dari buruk menjadi baik, tapi ia juga pencapaian kejayaan dan keberhasilan dalam berbagai bidang kehidupan, samada harta, ilmu, kekuasaan dan lain-lain.
Itulah sebabnya yang berkaitan dengan momentum hijrah ini, Allah swt mendorong kaum Muslimin untuk mencapai kemenangan dalam berbagai dimensi tersebut.
Allah swt berfirman :
“Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (QS At-Taubah : 24)
Imam AtThabari menafsirkan “orang yang mendapat kemenangan” (Al-Faaizuun) sebagai orang yang berjaya dalam berbagai kebaikan. Kebaikan itu sendiri dalam Al-Qur’an maknanya mencakupi banyak perkara samada harta, ilmu, kekuasaan, kesihatan, keluarga dan lain-lain.
Makna ‘Al-Faaizuun’ itu di dalam Al-Qur’an sering disepadankan dengan ‘Al-Muflihuun’ (orang-orang yang berhasil / beruntung).
Al-Asfahani di dalam ‘Al-Mufradât fi Gharîb al-Qur’ân’ meletakkan ‘Al-Falah’ dalam erti“kebahagiaan” membahagikannya kepada dua bahagian, iaitu ‘duniawi’ dan ‘ukhrawi’.
Kebahagiaan duniawi mencakupi :
  1. Usia panjang.
  2. Kekayaan.
  3. Kemuliaan.
sedangkan kebahagiaan ukhrawi mencakupi :
  1. Kekekalan tanpa kerusakan.
  2. Kekayaan tanpa keperluan.
  3. Kemuliaan tanpa kehinaan.
  4. Pengetahuan tanpa kebodohan.
Al-Qahthani menyatakan bahwa hijrah merupakan suatu urusan yang besar di mana hijrah berhubung erat dengan “al-wala’ wal-bara’ dan bahkan ia termasuk suatu manifestasi yang paling penting kerana iamenyangkut ketepatan sikap seorang muslim dalam :
  1. Memberikan perwalian kesetiaan dan pembelaan.
  2. Menampakkan penolakan dan permusuhan kepada yang patut dimusuhi.
Pelajaran utama dari peristiwa hijrah adalah sebuah :
  1. PENGORBANAN.
Setelah para sahabat keluar dari ujian berupa siksaan dan cercaan dari Kafir Quraisy di Makkah, ianyatidak secara automatik menjadikan mereka bebas dari ujian berikutnya.
Yang paling jelas adalah ujian meninggalkan ketenteraman. Tengoklah bagaimana para sahabat meninggalkan :
  1. Keluarga tercinta.
  2. Rumah kediaman.
  3. Pekerjaan.
  4. Tanah air.
  5. Sanak saudara.
  6. Rakan taulan.
Secara lahiriyahnaluri manusia akan mengatakan ujian itu sungguh berat iaitu meninggalkan nilai material yang barangkali selama ini mereka rintis dan perjuangkan serta berpindah ke suatu tempat asing yang penuhdengan berbagai ketidaktentuan.
Namun, kecintaan para sahabat kepada Islam mengalahkan kecintaan pada semua yang lain sehingga mereka meletakkan kesucian aqidah mengatasi segala-galanya.
Perkara ini sekaligus menegaskan betapa maslahat Deen menempatkan pertimbangan yang paling tinggiberbanding maslahat-maslahat yang lain.
Pelajaran lain yang boleh dikutip dari peristiwa hijrah adalah bagi menegaskan akan :
  1. WUJUDNYA PERSETERUAN ABADI ANTARA KEBATILAN DAN KEBENARAN.
Allah swt berfirman :
“Kebenaran itu datang dari Rabbmu maka jangan sekali-kali engkau termasuk orang yang ragu-ragu”. (QS Al Baqarah : 147)
Untuk mendapatkan ruh hijrah lebih jauh lagi, kita boleh merujuk kepada kata-kata Ibnu Qayyim yangcukup menarik iaitu perkataan hijrah memberi erti berpindah “dari” dan berpindah “menuju”.
Maksudnya : “Berpindah dari yang sebelumnya tidak sesuai dengan tuntunan Allah dan RasulNya menuju kepada yang sesuai dengan tuntunan Allah dan RasulNya.
Ini adalah kerana, dalam diri manusia terdapat potensi raksasa atau kekuatan yang luar biasa, yang apabila digali dan diurus dengan sungguh-sungguh, ia akan menghantarkan kepada kehidupan kita yang jauh lebih baik, lurus dan cerah.
Ketidaksedaran akan potensi diri kita akan memberi kesan kepada pengecilan potensi itu sendiri sehingga kita sering tidak berdaya dalam menghadapi persoalan kehidupan.
Bentuk ketidaksedaran akan potensi diri ini boleh bersifat individu atau kolektif.
Pada skala individu, perkara ini akan membuatkan individu tersebut akan mengalami :
  1. Kelumpuhan berfikir.
  2. Kelumpuhan nurani.
  3. Kelumpuhan beraksi.
dan akhirnya akan menimbulkan sifat “malas”.
Manakala pada skala kolektif pula ia akan menimbulkan kelumpuhan satu bangsa, satu generasi atau satu ummat sehingga akan melahirkan :
  1. Generasi yang mandul.
  2. Ummat yang rapuh.
  3. Bangsa yang tidak bergerak maju.
Padahal Allah swt sudah memberikan peringatan dalam Al-Qur’an :
“Dan janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi jika kamu orang-orang yang beriman”. (QS Ali Imran : 139)
Dalam menafsirkan ayat di atas Sayyid Qutb berkata :
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati atas apa yang menimpamu; dan jangan pula kamu bersedih hati atas apa yang terlepas dari tanganmu, padahal kamu adalah orang-orang yang tinggi.
  1. Aqidah kamu lebih tinggi kerana kamu bersujud kepada Allah semata-mata sedangkan mereka menyembah kepada salah satu makhlukNya atau sebahagian dari makhluknya.
  2. Manhaj hidup kamu lebih tinggi kerana kamu berjalan di atas manhaj Allah sedangkan mereka berjalan di atas manhaj ciptaan makhlukNya.
  3. Peranan kamu lebih tinggi kerana kamu mendapat tugas untuk memberi petunjuk kepada manusia secara keseluruhan yang sedang berjalan tanpa manhaj atau menyimpang dari manhaj yang lurus.
  4. Posisi kamu di muka bumi lebih tinggi kerana kamu adalah pewaris bumi yang Allah janjikan pada kamu sedangkan mereka menuju kepada kebinasaan dan dilupakan.
Maka jika kamu benar-benar beriman pasti kamu akan lebih tinggi dan janganlah kamu bersikap lemah serta bermuram durja.” (Tafsir Fi Zilal al Quran).
Dari ayat di atas dapat kita fahami bahwa sesungguhnya Allah swt telah mencorakkan kita umat Islam sebagai umat pilihan iaitu umat yang mampu :
  1. Mendatangkan kesejukan.
  2. Memberikan rasa nyaman.
  3. Memberikan keadilan.
  4. Menghargai martabat manusia.
Namun kadang-kadang akibat dari keserakahan, ketamakan, irihati, dengki, hasad dan sebagainya, kita jauhterkeluar dari jalur yang telah disediakan oleh Allah swt sehingga akibatnya tidak hanya merugikan si pelaku tapi juga mengakibatkan kerugian kepada yang lain.
Ini kerana perbuatan manusia yang di luar ketentuan Allah mengakibatkan Agama Islam yang begitu tinggi dan mulia menjadi ternoda serta kesannya akan dimanfaatkan oleh orang-orang yang tidak senang dengan Islam (musuh Islam) dengan menciptakan kesedaran umum atau  melabelkan bahwa Islam itu radikal, militanserta saling terkait dengan terorisma. Padahal sesungguhnya Islam itu adalah agama pembawa kedamaian bahkan sebagai rahmatan lil’alamiin.
BANGUNKAN POTENSI
Orang-orang yang beriman seharusnya meningkatkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka secara maksimum dalam bingkai keimanan dan ketaqwaan iaitu kemampuan dalam menyuruh manusia untuk berbuat baik, menebarkan kebaikan dan mencegah dari perbuatan yang mungkar yang merugikan manusia lainnya.
Kita juga akan dianggap kelompok orang yang beriman jika dalam setiap gerak langkah dan aksi kita sentiasa berisi kebaikan dan sepi dari kemungkaran.
Kesedaran untuk menjadi mumin secara hakiki akan menghantarkan kita kepada pola berfikir dan aksi yang positif, mendorong kita untuk melakukan kerja besar dan menghindarkan kita dari perbuatan ataupekerjaan yang sia-sia.
Kesedaran bahwa kita mendapat kepastian bersyarat dari Allah sebagai umat terbaik, umat pilihan dan saksi bagi segenap manusia akan memacu, mendorong serta menggerakkan kita untuk melakukan agenda strategik untuk mengangkat darjat umat Islam yang sedang dirugikan oleh cara berfikir dan berperilaku yang keliru.
Dengan momentum hijrah, secara ‘Ma’nawiah’ setiap Muslim didorong untuk sentiasa melakukan penilaian dan introspeksi diri, apakah hari ini keadaannya lebih baik dari hari sebelumnya.
Jika hari ini lebih baik dari sebelumnya, bererti ia beruntung namun, jika hari ini keadaannya sama sahaja dengan kelmarin, maka ia telah rugi sedangkan orang yang hari ini lebih buruk dari hari kelmarin bererti ia telah bangkrup.
Itulah sebabnya, hampir setiap Jumaat kita sentiasa diingatkan oleh khatib agar meningkatkan iman dan taqwa, sambil dibacakan ayat berikut :
“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan taqwa yang sebenar-benarnya, dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Muslim.”. (QS Ali Imran : 2)
Perkataan ”jangan mati” pada ayat tersebut sesungguhnya memiliki erti sebaliknya (mafhum mukhalafah), kerana kenyataannya tidak seorangpun boleh mencegah kematian sehingga ayat itu mengandungi makna ”jangan hidup” melainkan dengan kehidupan yang terus mengalami peningkatan ketaqwaan, yakni dengan bertambahnya nilai-nilai keislaman kita.
Mengubah diri kita dari keadaan keislaman yang kurang kepada yang lebih baik inilah yang merupakan hakikat hijrah yang mesti kita lakukan secara terus menerus.
Oleh kerana itu, moto orang yang beriman adalah :
“Tiada Hari Tanpa Perubahan”
Ia bermaksud positif di mana setiap hari adalah perbaikan dan setiap waktu adalah penyempurnaan.
Dengan moto seperti itu, seorang Muslim tidak mati kecuali dalam keadaan ‘Husnul Khatimah’.
Oleh kerana itu kita mestilah bermula dengan diri kita (ibda’ binafsik) dan seterusnya kesedaran individumestilah berkembang menjadi kesedaran kolektif menjadi kesedaran umat sehingga kita mampu menempatkan diri pada tempat yang sepatutnya.
Kita mesti menjadi :
  1. Umat yang mulia dan bukan menjadi hina.
  2. Umat yang memimpin dan bukan yang dipimpin.
  3. Umat yang terbaik (Khairul Ummahdalam bingkai keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.
Ya Allah, sesungguhnya kami memahami betapa besarnya pengorbanan Rasulullah saw dengan melakukan hijrah di mana dengan hijrahlah akhirnya baginda berhasil mencetak generasi yang berjiwa bersih, berhati suci bahkan membentuk generasi yang ideal, bersih dari kemusyrikan, kekufuran dan kemunafikan, memiliki kekuatan iman yang teguh dan ikatan ukhuwwah Islamiyah yang erat. Kurniakanlah kekuatan tekad dan azam kepada kami sehingga kami juga dapat menyusuri laluan hijrah Rasulullah saw bagi merubah kefahaman dan pemikiran kami ke arah perubahan kehidupan yang lebih menyeluruh.

Ameen Ya Rabbal Alameen

http://tinta-perjalananku.blogspot.com