Tuesday, December 20, 2011

Reunion setelah 30 tahun

Selasa 20 Disember 2011


Aku sangat teruja pada hari ini kerana aku berjumpa dengan tiga orang rakan sekolah masa di Sekolah Menengah Sains Kedah dulu.  


'Reunion' ini adalah hasil usaha sahabatku Shamsun yang memaklumkan pertemuan ini dalam facebook.  Kami buat arrangement nak jumpa pukul 2.00 pm di Village Mall, Sungai Petani.  Akhirnya yang muncul pada petang tadi aku, Shamsun Shafie, Nurhamiah Abdullah dan Norhana Abu Bakar. Shun dan Ana merupakan classmate aku.  Seronoknya dapat berjumpa.  Kali terakhir jumpa lepas habis SPM tahun 1981.  Aku memang dah lama lost contact dengan member sekolah.  Al-maklumlah aku dah menetap terus di Melaka.  Sekali-sekala aku balik bercuti kat rumah mak aku di Gurun, Kedah.  Jadi tak ambil kisah nak cari kawan-kawan.  Tetapi naluri ni rasa nak sangat jumpa dengan kawan-kawan sekolah.  Alhamdulillah timbul facebook. Dapat la aku bertaut kembali persahabatan yang dah lama terputus.
Aku sangat sayang dengan sekolah lama ku.  Itulah tempat yang banyak mengubah hidup ku.  Sekolah yang banyak mengajarku erti kehidupan.  Kini sekolah ku itu dikenali dengan panggilan Sekolah Sultan Mohamad Jiwa. 
 
Selepas habis SPM aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke university di Nebraska, Amerika Syarikat  dalam bidang Fizik.  Aku mendapat tajaan biasiswa daripada Kementerian Pelajaran. Kira bakal cikgu lah..Aku memang nak sangat jadi cikgu masa kecil-kecil dulu.  Ana dan Shun juga pergi ke US, juga bakal menjadi cikgu seperti aku. Hamiah pula meneruskan pelajaran ke tingkatan 6 dan akhirnya masuk maktab perguruan dan menjadi guru BI di SM Teknik Sungai Petani.  Ana menjadi pensyarah Matematik di Maktab Perguruan Sungai Petani.  Shun menjadi guru BI + jadi penyelia petang SMK Tunku Ismail Sungai Petani. Aku ....jadi cikgu fizik di SM Sains Muzaffar Syah Melaka.  Kawan-kawan aku kata aku ni memang anak murid Mr Phua. 
Sambil berbual-bual kami menjamu selera di Pizza Hut.  Shun belanja kami makan.  Tq Shun.  




Sebelum balik, Hamiah dah sediakan hadiah mug seorang satu untuk kami...So sweet... Semoga pertemuan ini tidak berakhir di sini saja.  Aku masih berharap untuk berjumpa lagi dengan kawan-kawan yang lain.  

No comments:

Post a Comment