Sunday, December 18, 2011

Sihat dengan SOLAT

Sebagai orang Islam, solat dilaksanakan kerana ia adalah perintah daripada Allah  yang diwajibkan kepada kita. Allah telah menyebut mengenai solat sebanyak 92 kali di dalam Al-Quran dalam 32 surah berbeza.  Namun, pergerakan yang kita lakukan semasa solat bukanlah pergerakan yang biasa.  Allah telah mengurniakan pelbagai manfaat kesihatan hasil daripada gerakan-gerakan dalam solat.



Salah satu gerakan yang paling memberi kesan kepada kesihatan kita ialah sujud.  Sujud merupakan satu keadaan yang mana kita sangat hampir dengan Allah.  Dari sudut kesihatan pula, kajian-kajian yang dibuat berjaya menemui pelbagai manfaat hasil daripada gerakan istimewa ini.


Antara manfaat kesihatan yang dapat dibuktikan dengan melakukan sujud ialah:


1.  MENINGKATKAN KECERDASAN OTAK 
Apabila kita berdiri tegak, biasanya pengaliran darah ke otak tidak mencukupi untuk keperluan otak.  Apabila kita sujud, darah akan mengalir dengan  lebih banyak ke bahagian otak yang sangat penting untuk kesihatan otak.  Dengan sujud juga darah akan mengalir dengan lebih banyak ke bahagian kulit muka dan ia boleh menyegarkan kulit muka dan mengurangkan risiko terkena penyakit resdung.


2.  MENGURANGKAN RISIKO MIGRAIN ATAU SAKIT KEPALA
Aliran darah yang meningkat ke bahagian otak semasa sujud mampu mengurangkan risiko serangan sakit kepala dan juga migrain.


3.  BAIK UNTUK SISTEM PERNAFASAN
Apabila manusia bernafas secara normal, hanya 2/3 udara di dalam paru-paru dihembus keluar.  Selebihnya berada di dalam paru-paru sebagai udara lebihan.  Udara yang tidak terusik ini boleh menakung bakteria dan juga habuk-habuk yang disedut dari udara dan mendatangkan pelbagai masalah kepada paru-paru kia.  Apabila kita sujud, organ-organ dalaman akan menekan diaphrama kita dan sekali gus menolak paru-paru bahagian bawah ke atas dan boleh mengeluarkan udara berlebihan tersebut.  Mekanisma ini sangat penging untuk menjaga kesihtan paru-paru kita.


4.  MENGGERAKKAN SENDI-SENDI DAN OTOT-OTOT
Sujud melibatkan pergerakan kesemua anggota badan kita seperti kepala, kaki, tangan, bahu, tulang belakang, tulang pinggul, dada dan sebaginya.  Pergerakan sendi-sendi dan otot-otot anggota badan ini boleh melatih otot-otot anggota badan ini boleh melatih otot-oto terseut untuk menjadi lebih kuat dan membantu melancarkan peredaran darah.  Otot-otot yang bergerak boleh menghilangkan sengal-sengal dan lenguh-lenguh sendi.


5.  MENGELAKKAN PENYAKIT BUASIR
Kedudukan sujud yang mana pinggul lebih tinggi berbanding badn boleh mengurangkan risiko untuk terkena penyakit buasir.  Semakin banyak sujud, semakin kurang risiko untuk penyakit ini kerana graviti akan menarik pembuluh darah buasir ke arah bertentangan arah.


6.  MENGUBAT PENYAKIT ROHANI
Lebih penting lagi, sujud boleh mengubat penyakit rohani jika kita betul-betul menghayatinya.  Sujud boleh menyebabkan seseorang itu merasa rendah diri di hadapan Allah dan merasai bahwa Allah sangat dekat dengannya, sekali gus boleh mengikis penyakit-penyakit hati seperti sombong, riak dan takabbur.


Sekali lagi hendak diingatkan untuk diri ini dan semua, gerakan solat dan sujud yang kita lakukan bukanlah untuk mengejar manfaat-manfaat kesihatan tersebut.  Ia hanyalah anugerah yang diberikan oleh Allah yang Maha Pemurah.


GenQ 4



No comments:

Post a Comment