Showing posts with label Berita 2011. Show all posts
Showing posts with label Berita 2011. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Himpunan Sejuta Umat: Mubaligh Kristian berjubah solat Zuhur

Oleh Shamsul Kamal Amarudin
shaka@bharian.com.my
2011/12/18

ORANG ramai yang menghadiri Himpunan Sejuta Umat di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, semalam bersatu hati mempertahankan Islam.
ORANG ramai yang menghadiri Himpunan Sejuta Umat di Dewan Jubli Perak Kuala Kangsar, semalam bersatu hati mempertahankan Islam.
Hassan Ali dedahkan gerakan murtad cuba pengaruhi Muslim lemah iman, kaki hutang

KUALA KANGSAR: Usaha untuk memurtadkan umat Islam di negara ini semakin licik apabila ada kalangan mubaligh Kristian yang turut memakai jubah dan menunaikan solat Zuhur berjemaah dengan penduduk Islam bagi mendekati mereka yang dipercayai berpotensi untuk digugat akidahnya.


EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, ketika mendedahkan perkara itu berkata sasaran utama mubaligh itu ialah orang Islam yang miskin, kurang pengetahuan agama, akidah lemah, orang yang berhutang, mereka yang rumahtangganya kucar-kacir, mereka yang menghadapi masalah selepas bercerai, golongan berfikiran liberal dan terbuka serta mereka yang tidak mengamalkan cara hidup Islam.
Ancaman terhadap akidah umat Islam ini adalah benar kerana di Selangor saja sudah ada satu organisasi khusus untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari Barat. - Hassan Ali, EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor
“Ancaman terhadap akidah umat Islam ini adalah benar kerana di Selangor saja sudah ada satu organisasi khusus untuk memesongkan akidah umat Islam dengan membawa mubaligh yang dilatih secara profesional, berdaya juang tinggi dan mempunyai kekuatan mental dari Barat serta negara jiran untuk masuk ke dalam masyarakat Islam.

“Malah, sejak penubuhan Unit Selamatkan Akidah (USA) di pejabat saya beberapa bulan lalu, ada 51 orang Islam yang sudah menjalani proses pembaptisan dan minum ‘air suci’ sedang dibantu untuk mengembalikan semula akidah mereka,” katanya berucap pada program Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Dewan Jubli Perak di sini, semalam.

Hassan percaya gerakan untuk memesongkan akidah umat Islam bukan saja sedang giat dijalankan di Sabah, Sarawak dan Selangor, malah sudah menular ke negeri lain di negara ini.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim, berkata ada 43 permohonan untuk murtad dikemukakan di Mahkamah Syariah di Perak untuk tempoh 11 bulan pertama tahun ini dengan sebahagian besarnya golongan mualaf yang mahu kembali ke agama masing-masing serta mereka yang mempunyai nama Melayu dan anak kepada orang Melayu tetapi dibesarkan oleh keluarga bukan Islam. 
Pada masa sama, katanya, ada 52 orang sedang menjalani proses pemulihan akidah di Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) bagi tempoh sama tahun ini.

“Bilangan itu adalah berdasarkan data rasmi tetapi bagaimana pula yang berlaku (murtad) secara senyap-senyap? Mungkin lebih ramai lagi. Isu murtad ini bukan masalah individu tetapi ummah kerana apabila seseorang itu murtad, dia akan menunjukkan seolah-olah Islam itu tidak cantik dan tidak baik.

“Kita tiada masa untuk bertelagah sesama sendiri seperti firman Allah bermaksud mari kita bersama-sama melakukan takwa dan jangan bekerjasama melakukan kebatilan manakala pepatah Arab ada menyatakan api yang besar itu bermula daripada sumber yang kecil dan jika ia tidak ditangani, maka sumber kecil itu akan merebak menjadi besar,” katanya berucap pada majlis sama. 

Saturday, December 10, 2011

GERHANA BULAN 2011

Sabtu, 10 Disember 2011 : Gerhana penuh bulan telah berlaku semalam tepat jam 10.30 malam.  Suasana malam yang sungguh gelap.  Begitu indah ciptaan Allah.  Umat Islam digalakkan untuk solat sunat gerhana bulan dan semoga segala doa dimakbulkan.
Inilah  antara kebesaran Allah SWT yang mesti kita diam sesaat memikirkan seperti sabdaRasulullah SAW Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

Thursday, December 8, 2011

Aziz Tinggalkan UIAM

Sinar Harian
Oleh : NIK MUHAMMAD RAFFIQ
Tarikh : December 9, 2011
Profesor Dr Abdul Aziz Bari
DUNGUN – Konflik membabitkan pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dengan majikannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berakhir apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan universiti berkenaan.
Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau kini berasa tidak lagi sesuai untuk terus berkhidmat di universiti itu.
 
Menurutnya, beliau telah cuba untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli akademik yang prihatin de­ngan masalah masyarakat, apabila melontarkan beberapa pandangan terhadap isu yang kritikal, namun pesekitaran di universiti berkenaan menyebabkan niatnya itu dianggap sesuatu yang ganjil, sekali gus gagal untuk menjadi seorang ahli akademik ideal.
 
“Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, saya tak nampak ada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di universiti itu mahupun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama pertubuhan bukan kerajaan, Waris Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia di Mayang Sari Resort di sini, petang semalam.
 
Ketika ditanya apakah beliau akan menyertai politik selepas meninggalkan UIAM, Abdul Aziz yang juga seorang kolumnis Sinar Harian berkata, beliau lebih suka memilih bidang akademik sebagai kerjaya dan buat masa ini, tidak berhasrat untuk menyertai parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang.

Tuesday, December 6, 2011

TERKINI SYRIA


Penulisan ini adalah dari perkongsian irfan masiri dan ainun salimah dari IKRAM Terengganu
Salam alaikum.
Ini merupakan ringkasan ceramah yang diberikan oleh Syeikh Hassan Al-Hindawi baru-baru ini Kuala Terengganu.
Mengapa Syeikh Hassan Al-Hindawi dihantar oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi?
1) Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oeh media-media massa. Beliay dihantarbagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.
2) Media-media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah putarbelitkan fakta.
3) Syeikh Khalid bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman. Teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. Tv di Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Asad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Asad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4) Jangan terpedaya dengan keyataan-kenyataan yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tapi, sejak zaman ayah Basyar Asad lagi tidak ada SATU PELURU PUN yang singgah ke tanah Israel. Bahkan tanah Tinggi Golan yang terletak di tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

Punca Revolusi.
Puncanya berlaku apabila ada sekumpulan kanak-kanak dalam 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN.
Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berevolusi.
Mengetahui perihal ini, pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini.Mereka telah disiksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka . Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dan keluarga minta mayat kanak2 itu serta meminta kanak-kanak  yang lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan ini. Perkara ini merupakan sesuatu yang menghinakan. Lantas berlakulah revolusi di Syria.
Rakyat Marah.
1) Kebangkitan rakyat bermula 8 bulan yang lepas.
2) Jumaat lepas, labih 3 JUTA rakyat Syria keluar berdemo.
3) Kini, kesemua rakyat Syria keluar berdemo. Mereka mahukan kebebasan. Selama 42 tahun mereka tidak mendapat hak kebebasan.
4) Rakyat minta supaya Allah diletakkan pada tempatnya, mahukan kebebasan, dan supaya jaga tanah air dengan seeloknya.
5) Rakyat Mahu Presiden Dihukum. Itu antara slogan yang dilaungkan sekarang kerana presiden Syria telah banyak membunuh rakyatnya.
Kekejaman Kerajaan Syria.(Presiden Basyar Asad)
1) Dalam masa 42 hari telah mati seramai 40 000 orang rakyat.
2) 39000 orang telah cedera. Mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3) Membunuh 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital.
4) 9000 tahanan ditahan.
5) 413 orang telah syahid didalam penjara.
6) Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2 dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7) Seorang ukhti, bernama Zainab Al-Husni, telah ditangkap dan dia diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Beliau melawan, akhirnya terbunuh dan telah dipotong 4 KERAT. Anggota badan yang di kerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau. INI SERIUS KEJAM!
8 ) Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9) Menyuruh tukar La ilahaillah kepada La ilah illah Basyar Asad. INI SERIUS SESAT!
Berita Baik.
1) Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30 000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo. Mereka tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Asad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2) Pertubuhan-pertubuhan Arab telah ambil pendirian untuk tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak benarkan pegawai-pegawai Syria untuk memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedimikian iaitu Iraq dan Lubnan.
3) Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID.
4) 95% ulama’ Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
Tambahan :
1) Basyar Asad juga daripada kelompok syiah yang terkeluar daripada islam dan mengharuskan untuk membunuh muslimin sunni..84% daripada posisi kepimpinan rejim Asad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri dari 3 keluarga besar, 6% dari posisi tersebut pula drpd kaum ajam dan 10% lagi dari golongan kuffar. Tiada posisi bg ahli sunnah wal jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat-rakyat sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang israel pun tidak ditumpahkan darah.
2) Kita banyak tak tahu tentang isu Syria selama ni sebab media telah dikawal oleh pihak rejim. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki syria utk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para demonstran yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan dari mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Asad dengan harga 100 dolar.
3. P E R K O N G S I A N A N T A R A B A N G S A
‘R E V O L U S I S Y R I A’
AL-SYEIKH DR. KHALED HASAN HINDAWI
(Pembantu Khas Al-Syeikh Dr. Yusof Al-Qardawi)
6hb Disember 2011 (Selasa)
8.30 – 11.00 malam
Dewan Banquet,
Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, 

8 Ferrari terlibat kemalangan
Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : December 6, 2011
8 Ferrari terlibat kemalangan
TOKYO – Satu konvoi kereta mewah di Jepun berakhir dengan kemalangan sangat mahal yang melibatkan lapan buah kereta Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua kereta Mercedes.
Menurut polis, kemalangan itu yang berlaku di wilayah Yamaguchi, kelmarin, dipercayai berpunca daripada seorang pemandu Ferrari yang cuba menukar lorong tetapi terlanggar pembahagi jalan.
 
Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut berpusing di tengah lebuh raya, dan kereta mewah lain berlanggar sesama sendiri semasa cuba mengelak Ferrari itu.
 
Polis mengesahkan tiada sebarang kecederaan parah dilaporkan tetapi 10 orang dirawat akibat lebam dan luka ringan dalam kemalangan itu.

Friday, December 2, 2011

Kajang Bah

SEORANG lelaki melihat kereta-kereta yang hampir ditenggelami air banjir di sebuah kawasan letak kereta dalam bangunan di Kajang, semalam.

HULU LANGAT 2 Dis. - Hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di sekitar daerah ini sejak pukul 2 petang mengakibatkan banjir kilat melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah ini, petang ini.
Selain pusat bandar Kajang yang dilanda banjir kilat apabila paras air naik setinggi 0.3 meter, banyak kenderaan terperangkap dan ditenggelami air sejak banjir melanda kira-kira pukul 3 petang.
Beberapa premis perniagaan antaranya Plaza Metro Kajang dan Bank Hong Leong cawangan Kajang turut dinaiki air setinggi 0.2, manakala kawasan lain yang terlibat adalah pekan Semenyih berhampiran jalan ke Bangi Lama, Pasar Besar Kajang dan Jalan Jelok.
Selain itu, Sungai Kantan dan Jalan Semenyih berhampiran Klinik Kajang dan Jalan Kelapa turut ditenggelami air.
Di sebuah kedai di pusat bandar Kajang, seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang terperangkap dalam banjir itu terpaksa diselamatkan dengan menggunakan tangga oleh orang ramai setelah dia terperangkap di atas bumbung sebuah kereta.
Di Sungai Kantan, banjir turut melanda beberapa kawasan perumahan di situ sehingga menyebabkan sembilan penduduk termasuk tiga warga emas terpaksa dipindahkan setelah terperangkap di rumah masing-masing.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian banjir itu kira-kira pukul 3.51 petang.
"Sebanyak 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang serta Cheras bergegas ke lokasi kejadian. Kami turut dibantu oleh anggota polis dan skuad penyelamat Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dalam banjir kilat ini.
"Pemantauan turut dijalankan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya ketika dihubungi.
Tambah beliau, hujan lebat mengakibatkan paras air di Sungai Jelok melimpah dan membanjiri beberapa kawasan rendah di sekitar pusat bandar Kajang.
"Air dikatakan naik sehingga ke paras pinggang namun banjir kilat ini kembali surut kira-kira pukul 5.30 petang ini," katanya.
Mohamad Sani berkata, sehingga kini, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa berlaku namun kerugian yang dialami kebanyakan mangsa agak tinggi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, banjir yang berlaku hari ini adalah paling teruk dalam tempoh lima tahun lalu.
"Banyak kenderaan ditenggelami air setelah hujan yang begitu lebat turun di sekitar daerah ini. Polis kini meningkatkan kawalan bagi memastikan keselamatan di kawasan terlibat," katanya.