Showing posts with label Catatan 2011. Show all posts
Showing posts with label Catatan 2011. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

Reunion setelah 30 tahun

Selasa 20 Disember 2011


Aku sangat teruja pada hari ini kerana aku berjumpa dengan tiga orang rakan sekolah masa di Sekolah Menengah Sains Kedah dulu.  


'Reunion' ini adalah hasil usaha sahabatku Shamsun yang memaklumkan pertemuan ini dalam facebook.  Kami buat arrangement nak jumpa pukul 2.00 pm di Village Mall, Sungai Petani.  Akhirnya yang muncul pada petang tadi aku, Shamsun Shafie, Nurhamiah Abdullah dan Norhana Abu Bakar. Shun dan Ana merupakan classmate aku.  Seronoknya dapat berjumpa.  Kali terakhir jumpa lepas habis SPM tahun 1981.  Aku memang dah lama lost contact dengan member sekolah.  Al-maklumlah aku dah menetap terus di Melaka.  Sekali-sekala aku balik bercuti kat rumah mak aku di Gurun, Kedah.  Jadi tak ambil kisah nak cari kawan-kawan.  Tetapi naluri ni rasa nak sangat jumpa dengan kawan-kawan sekolah.  Alhamdulillah timbul facebook. Dapat la aku bertaut kembali persahabatan yang dah lama terputus.
Aku sangat sayang dengan sekolah lama ku.  Itulah tempat yang banyak mengubah hidup ku.  Sekolah yang banyak mengajarku erti kehidupan.  Kini sekolah ku itu dikenali dengan panggilan Sekolah Sultan Mohamad Jiwa. 
 
Selepas habis SPM aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke university di Nebraska, Amerika Syarikat  dalam bidang Fizik.  Aku mendapat tajaan biasiswa daripada Kementerian Pelajaran. Kira bakal cikgu lah..Aku memang nak sangat jadi cikgu masa kecil-kecil dulu.  Ana dan Shun juga pergi ke US, juga bakal menjadi cikgu seperti aku. Hamiah pula meneruskan pelajaran ke tingkatan 6 dan akhirnya masuk maktab perguruan dan menjadi guru BI di SM Teknik Sungai Petani.  Ana menjadi pensyarah Matematik di Maktab Perguruan Sungai Petani.  Shun menjadi guru BI + jadi penyelia petang SMK Tunku Ismail Sungai Petani. Aku ....jadi cikgu fizik di SM Sains Muzaffar Syah Melaka.  Kawan-kawan aku kata aku ni memang anak murid Mr Phua. 
Sambil berbual-bual kami menjamu selera di Pizza Hut.  Shun belanja kami makan.  Tq Shun.  




Sebelum balik, Hamiah dah sediakan hadiah mug seorang satu untuk kami...So sweet... Semoga pertemuan ini tidak berakhir di sini saja.  Aku masih berharap untuk berjumpa lagi dengan kawan-kawan yang lain.  

Friday, December 9, 2011

Bubur Asyura di Raudhatus Sakinah

Jumaat, 9 Disember 2011:
Wanita Ikram Melaka telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan program Bubur Asyura RS bertempat di Raudhatus Sakinah Melaka.  Program bermula seawal jam 9.00 pagi yang diketuai oleh chef Tina (Ukhtie Rosnah Maidin) dan Penolong Chef Zu (Ukhtie Zuraidah Hasnon). Mereka juga dibantu oleh Ukhtie Junaidah, Ukhtie Zuridah, Ukhtie Hadilah, Ukhtie Rosa, Ukhtie Isma dengan kerjasama puteri-puteri RS.

Matlamat utama program ialah untuk memperkenalkan RS pada penduduk sekitar RS dengan cara membahagikan bubur asyura.  Sebanyak 1 1/2 periuk bubur telah dapat disiapkan.  Memang Sedap.
Bubur yang dah siap.  9 kg beras dan 2 kg daging.
Tukang-tukang masak bubur yang macam professional.
Bubur asyura jenama Raudhatus Sakinah.
Ketua Wanita, Ukhtie Rahimah Latif, turun padang membantu membahagikan bubur ke rumah sekitar RS.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan sebagai satu aktiviti tahunan wanita Ikram Melaka.  Ukhuwah fillah antara akhawat semakin terasa bahangnya melalui program sebegini.
Laporan wartawan: Suriyati Yusoff

Thursday, December 8, 2011

Program Cuti Sekolah IKRAMTeens 1 - JOM BOWLING

Tarikh: 21 November 2011 (Isnin)

Masa: 10 pagi - 1.00 tengahari
Kehadiran: 40 peserta
 Peserta-peserta berada di Bowling center tepat jam 10 pagi menunjukkan mereka sungguh teruja untuk bermain bowling.  Ada yang memang pakar bermain bowling dan mewakili sekolah.  Ada tu baru pertama kali memegang bola bowling. Semua peserta kena bayar RM10.00 untuk bermain 3 game.  Ikramteens menaja sewa kasut. Abang Chik Hazmir yang menjadi tukang beli tiket. Terasa pusat bowling tu kami yang punya sebab tidak ada orang lain pun yang datang main.  Satu lane ada 4 atau 5 peserta.

Abang Nabil dan Abang Hamzah sudi untuk menjadi peneman pada peserta.  Begitu besar pengorbanan Abang Nabil, sebab jam 2 petang nanti dia ada final exam.  Kami doakan dia berjaya.



Dah tak sabar nak baling bola bowling ni.
Aksi seorang juara bowling..
Adik-adik perempuan pun nak tunjuk bakat main bowling buat pertama kali.
Peserta dari SMK Ayer Keroh..
Abang Nabil dan Abang Hamzah. Abang Hamzah ni mirip Abang Bai la..
Yes! Strike!
Eh...jangan gaduh-gaduh.  Jatuhkan pin bowling bukan jatuhkan kawan beb... Apapun seronok tengok peserta semuanya happy sangat.
Kenangan bermain bowling bersama Abang Long dan Abang Nabil.
Maksue bersama anak Amir Fyrdaus yang menyambut ulangtahun ke 16. Kena pau beli kek harijadi secret recipe..
Orang kuat program hari ni..Ummi Kamariah pun main bowling juga buat kali pertama.  Ukhtie Hadillah temankan 3 orang anaknya.
Alhamdulillah.  Semoga dapat bertemu lagi pada program minggu depan.  Kembara Masjid..

Amir Fyrdaus Sertai Prgram Xpert 2011

Jumaat 9 Disember 2011
IKRAMTeens                               
Hari ini aku nak bercerita kisah anakku yang ketiga Amir Fyrdaus.  


Kisah tentang kesungguhannya untuk menyertai program Ikramteens iaitu Xpert 2011 dari 9 - 11 disember 2011 di Kuala Lumpur. (SM Al-Amin). Xpert bermaksud Ekspedisi Remaja Tahan Lasak yang merupakan produk Generasi 6 atau Gen6 IkramTeens.  Mereka ini telah melalui beberapa siri program sejak daripada tingkatan  3.  Antaranya ialah Xtrack (Novemer 2010 di Port Dickson) dan Leaders (Mei 2011 di Trengganu).  Melaka akan diwakili oleh 4 orang peserta iaitu Fyrdaus, Harris, Hazim dan Hakim. Tema XPERT kali ni ialah Terus mara ke Hadapan.  Melaka pernah menjadi tuan rumah XPert sebanyak 2 kali berturut-turut 2009 dan 2010.
Pelbagai aktiviti menarik bakal menanti mereka di KL nanti.  Cabaran utama ialah aktiviti Kais Pagi Makan Pagi. Peserta diminta untuk mencari Dana Kewangan dengan jumlah minimum RM 200, iaitu dengan melakukan aktiviti perniagaan... Kumpulan yang mendapat kutipan tertinggi, akan mendapat markah bonus... maka dengan itu,pihak penganjur menetapkan 2 konsep perniagaan yang dibenarkan.... 

  1. Perniagaan Runcit
  2. Perniagaan Perkhidmatan
maknanya, para peserta boleh memilih utk buat Perniagaan Runcit  atau Perniagaan Perkhidmatan atau kedua-duanya sekali....asalkan, capai kadar minimum RM200

1. Perniagaan Runcit

- Perniagaan runcit, adalah perniagaan yang memerlukan BARANG untuk dijual, seperti jual Button badge, kopi radix, tshirt, buah buahan, ayam , ikan dan sebagainya. Jika peserta memilih Konsep ini, pihak penganjur  meminta PESERTA membawa PRODUK JUALAN dari lokasi/negeri masing-masing.....

2. Perniagaan Perkhidmatan

-perniagaan yang memberi SERVIS/PERKHIDMATAN, seperti BASUH Kereta, basuh rumah, cat rumah dan sebagainya....utk yang memilih konsep ini, tidak memerlukan barang atau PRODUK....bak kata orang..pandai-pandai ler...

kumpulan yang tidak mencapai Taget....akan di DENDA  ;-)

Tak sangka pula Fyrdaus begitu bersungguh-sungguh untuk menyediakan bahan-bahan untuk jualan.  Aku yang jadi mangsa kena bantu dia carikan barang-barang tu. Akhirnya dia ke Mydin mencari keychain tentang Melaka dan kipas yang harganya dalam RM 1.50 ke 2.00 satu.  Kira boleh jual dalam RM3.00 satu.  Ok lah asal dapat sorang RM50.00.  Aku juga beri dia buku kecil tentang ABJZ yang boleh dijual satu RM3.00. 

Mereka bermalam di Pejabat IKRAM kerana mereka perlu bertolak seawal 4.30 pagi untuk menaiki bas pada pukul 5.00 pagi.  Alhamdulillah tiada masalah untuk aku menyuruh dia bersiap-siap.  Fyrdaus dah boleh bergerak sendiri untuk pergi ke program-program anjuran IKRAMTeens.  Dia pula begitu senang bertindak sebagai ketua kumpulan.  Aku sentiasa mengharapkan yang terbaik daripadanya sebagai penerus kepada perjuangan dakwah ku.  Ya Allah semoga Engkau permudahkan perjalanannya sepanjang XPERT kali ini dan semoga mendapat banyak pengajaran berharga untuk hidupnya di masa depan.