Showing posts with label catatan 2012 A. Show all posts
Showing posts with label catatan 2012 A. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Majlis Sirih Pulang ke Gagang X Trovia 0812

Begitu cepat masa berlalu, selesai sudah SPM 2012.  Maka bertambah lagi koleksi anak muridku yang dah graduate daripada Mozac.  Badge ni lebih dikenali dengan gelaran Xtrovia yang bermula dari 2008 - 2012.  Banyak kenangan yang disimpan bersama badge ni..Inilah badge yang pertama mencipta sejarah PMR dengan 89 pelajar mendapat 8A.  Badge ini juga merupakan hasil didikan Mozac sebagai sekolah SBT.  Mereka ini berpeluang merantau banyak negara seperti Singapura, Beijing China, Bangkok Thailand, dan Kalimantan Indonesia. 


Aku sebagai guru penyelaras R&D merasa puas dengan pencapaian mereka di bidang R&D.  Kredit untuk team 'Akhdar Ramp' yang telah menjelajah banyak pertandingan walaupun tak menang anugerah utama.  Namun kejayaan menjuarai pertandingan rekacipta seluruh SBP memberi seribu kenangan manis buatku.  Begitu juga dengan kejayaan pasukan robotik 2010 yang mewakili ke peringkat kebangsaan dan menang 'Innovative Award' di pertandingan Robotik Kebangsaan 2010.  Semuanya aku abadikan dalam penulisan kajian tindakan yang aku buat istimewa meraikan kegigihan mereka dalam melaksanakan R&D.
Kali ini Cikgu Nurul Ain Tay diberi tanggungjawab menjadi penyelaras tingkatan 5 bagi badge xtrovia ni.  Satu tugas yang memang bukan calang orang boleh pikul; menghadapi cabaran dan karenah pelajar, pentadbiran (PK1 semestinya) dan program-program kecemerlangan SPM serta program extra lain (Panca Delima, majlis graduasi, sirih pulang ke gangang dan lain-lain lagi - aku pun dah lupa pasal banyak sangat.)  Tahun ni pecah rekod dengan program kecemerlangan Immersion yang melebihi kiraan 10 jari.  Tahniah buat sahabat ku Ain yang berjaya melaksanakan tugas tersebut dengan cemerlangnya.  Sudah pasti akan disambung kontraknya lagi untuk tahun 2013.  


Majlis Sirih Pulang ke Gagang ini bertujuan sebagai simbolik untuk menyerahkan kembali pelajar kepada ibu bapa masing-masing setelah lima tahun berada di Mozac.  Aku tertarik dengan doa penutup yang dibacakan oleh Bintang Muzaffar, Adib Adam sebagai mengenang jasa guru-guru Mozac:
" Ya Allah, sesungguhnya guru-guru kami telah banyak berjasa kepada kami dan kami tidak mampu membalas jasa-jasa mereka yang besar itu. Oleh itu ya Allah, Engkau murahkanlah rezeki mereka, berikanlah mereka kesihatan yang berpanjangan dan berikanlah mereka kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.  Ya Rahman, Ya Rahim, Kau panjangkanlah umur guru-guru kami dalam iman, supaya mereka mampu untuk terus menabur bakti mendidik anak bangsa.  Seterusnya Ya Allah, kau tabahkan hati guru-guru kami untuk menempuh segala cabaran dan karenah pelajar-pelajar pada masa akan datang.  Ya Sattar, Ya Alim, Kau tetapkanlah iman di dalam hati guru-guru kami dan Kau kurniakanlah kebaikan dan rahmat sepanjang mereka hidup sehingga akhir hayat.  Ya Allah, tempatkanlah guru-guru kami dalam kalangan orang-orang yang beriman dan Kau tempatkanlah mereka di syurga. Jauhkanlah guru-guru kami dari azab api neraka dan hiasilah diri mereka dengan akhlak yang mulia sebagaimana akhlak Rasulullah saw."

Ya Allah semoga Engkau berkati anak-anak didik kami ini agar mereka menjadi insan mulia, insan soleh yang sentiasa memberi manfaat pada agamaMu.  Semoga semua mereka mendapat 9A dalam peperiksaan SPM yang telah mereka lalui dengan penuh kesabaran dan kesungguhan.  Amin..

Aku sertakan video yang telah dirakam sepanjang program Keindahan Bersamamu yang telah diadakan di Masjid Raudhatul Jannah (masjid cikgu Hashim) Bukit Katil pada bulan Ramadan lepas.




Semoga program Keindahan Bersamamu ini memberikan impak besar kepada transformasi hidup anak-anak didikku yang disayangi badge xtrovia 0812. 

Thursday, August 9, 2012

Perkongsian Dr Hafizi Mohd Noor bersama pelajar Mozac

Tarikh:   9 Ogos 2012 (Khamis)
Masa  : 2.15 pm
Tempat: Dewan Makan SM Sains Muzaffar Syah (Mozac)
Kehadiran: Semua pelajar tingkatan 1 dan 2
Penceramah: Prof Madya Dr Hafizi Mohd Noor - Pengerusi Aqsa Syariff 


Sesi ceramah dalam bulan Ramadan jam 2.00 petang?? Biar betul..tu kan masa yang paling osem sekali untuk tiiiduur.. 


Semalam aku dapat panggilan daripada cikgu Aziz, YDP IKRAM untuk menawarkan satu slot bersama Dr Hafizi di Mozac..Mana mungkin aku nak tolak pelawaan itu.  Seorang aktivis dakwah dan Palestine yang amat aku sanjungi. Bak bulan jatuh ke riba.  Terus aku jumpa Cikgu Isa (HEM) dan alhamdulillah beliau telah memberi kebenaran..Aku aturkan semuanya dengan menulis surat mohon kebenaran secara rasmi (hee..guna jawatanku sebagai guru BADRI) dan kemudian berjumpa ketua badge Amirul Afiq dan anakku Amir Shouqqie untuk urusan persediaan pelajar dan tempat.  Aku yakin pelajar ni kena juga diberi peluang untuk melawan nafsu mengantuk mereka mendengar ceramah jam 2 petang..Mesti ada semangat  juang yang tinggi seperti sahabat-sahabat mengharungi Perang Badar di bulan Ramadan dan sahabat-sahabat di bumi Palestine berjuang menentang kezaliman Israel.
Pelajar balik daripada sekolah pada pukul 1.40 tgh.  Mereka bergegas untuk solat zohor di asrama.  Aku dah tercegat di pintu asrama untuk memastikan mereka masuk ke dewan makan.  Rasa gembira melihat muka anak-anak pelajar ini masih ceria dan senyum pada cikgunya.  
Ceramah bermula jam 2.15 petang.  Agak terkedu bila Dr Hafizi tanya ada LCD projektor.  MasyaAllah boleh pula aku terlupa nak set up kan..Aku mohon diberi masa 10 minit untuk dapatkannya.  Jadi Dr Hafizi pun mulakan ceramahnya dulu. Apa lagi aku pun berlari menuju ke makmal fizik untuk mengambil LCD dan extension wire.  Sempat la aku buat dalam 10 minit tu untuk set up kan LCD..

ok jom kita ikuti intipati perkongsian daripada Dr Hafizi yang disampaikan dengan penuh bersemangat walaupun beliau kelihatan letih. 

Sebahagian pelajar yang 'tumbang' sebentar, keletihan...

Kembali bersemangat melihat tayangan video kekejaman Israel

Cenderamata daripada sekolah.  Terima kasih Dr Hafizi.

Bulan Ramadan bukan bulan puasa sahaja tetapi bulan Al-Quran.
Tujuan berpuasa adalah untuk meningkatkan ketakwaan.  Allah berfirman dalam surah Al Baqarah ayat 2 - 3 bermaksud " Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.  iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat, dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.."
Antara ciri orang bertakwa ialah percaya kepada yang ghaib dan mengeluarkan harta sama ada bila kaya ataupun miskin.  Ghaib ialah sesuatu yang kita tak boleh nampak.  Satu perkara yang ghaib ialah masa hadapan kita.  Masa hadapan bukan sahaja di dunia tapi juga di akhirat.  Orang yang yakin dengan Islam maka Allah akan menjamin masa depan. Semasa Perang Khandak, orang Yahudi bergabung dengan musyrik dan mengepung penduduk Islam Madinah.  Semasa Islam dikepung, nisbah tentera musuh ialah 1:10.  Rasulullah dan sahabat menggali parit.  Semasa menggali parit tersebut, secara tiba-tiba Rasulullah saw bersabda bahawa kita akan menawan kota Konstantinapol yang ketika itu di bawah pemerintahan Rom.  Semua orang yakin dengan hadis sehinggalah kota Konstantinapol itu ditawan oleh Sultan Muhammad Al Fateh.  Semasa beliau berumur 10 tahun dia berkata bahawa "akulah yang akan buka kota itu."
Jangan rasa kita masih kanak-kanak yang kecil; yang tidak ada apa-apa tanggungjawab pada Islam.  Cuba lihat Ali bin Abi Talib.  Pada umur 9 tahun beliau telah menyahut seruan Rasulullah untuk menerima Islam.  Beliau sanggup menggantikan Rasulullah di tempat tidur baginda semasa orang quraish menyerang rumah baginda.  Ali lah yang banyak membunuh panglima dan pembesar quraish.
Usamah bin Zaid telah menjadi panglima perang pada umur 17 tahun. Begitu juga dengan Tariq bin Ziyad.  
Rasulullah saw telah bersabda; "Mereka penduduk BaitulMaqdis) isteri-isteri mereka, anak-anak mereka akan kekal berada di dalam ribat (kubu) walaupun diperangi, diserang sehinggalah Allah memenangkan mereka."
Hadis ini ternyata betul di mana kita dapat saksikan denga mata kepala kita sendiri pada hari ini sahabat kita di Palestine berjuang untuk mempertahankan Baitul Maqdis di mana terdapat Masjidil Aqsa yang merupakan kota yang suci selepas Mekah.
Ada kisah seorang nelayan yang tua dan tidak dapat berjalan akibat kecederaan.  Anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun telah mengambil alih tugas bapanya pergi ke laut mencari rezeki.  Nelayan di Gaza hanya boleh menangkap ikan dalam lingkungan 3 batu dari persisiran pantai.  Jika lebih dari itu akan ditembak oleh tentera Israel yang sentiasa mengawal mereka.  Dah ramai nelayan yang syahid ditembak.  Bila ditanya budak ini apakah bantuan yang diperlukannya...Budak itu bukan meminta untuk dapatkan makanan ataupun ingin keluar ke tempat lain..tapi beliau dengan beraninya mengatakan aku inginkan sebuah bot yang lebih besar supaya aku dapat menangkap ikan ke laut yang lebih jauh daripada sekarang. Dia langsung tidak takut pada tentera Israel..
Aqsa Syarif telah menjalankan beberapa projek untuk membantu penduduk Gaza..seperti projek kilang roti, projek pelihara lembu, kambing dan ikan serta bantuan kepada anak-anak yatim...dan lain-lain lagi.  Beberapa misi ke Gaza telah dijalankan untuk membawa bantuan yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia.  
Kita tolong mereka bukan kerana mereka susah semata-mata, tetapi kerana mereka berjuang untuk mempertahankan al-Aqsa.  
Hadis: "Akan ada dari umatku yang akan berjihad di jalan Allah.  Mereka tidak akan digentarkan oleh musuh mereka maka Allah akan membantu mereka."
Perjuangan ini akan dijamin menang oleh Allah.  InsyaAllah satu hari ini anak-anak sekelian akan dapat ziarah dan bersolat di dalam Masjidil Aqsa dengan aman.

Oleh itu apa tanggungjawab kita sekarang?
Belajarlah bersungguh-sungguh, jagalah akhlak kita sebagai seorang muslim.  Jaga hubungan kita dengan Allah, dengan kedua-dua ibu bapa kita.  
Marilah kita bersedekah walaupun hanya sepuluh sen demi membantu perjuangan mereka di Palestin.
Semoga anak-anak ini akan menjadi pewaris kepada perjuangan kami untuk memperjuangkan Islam. 

Sunday, July 15, 2012

Aktiviti 14 Julai 2012

Hari ini merupakan antara hari yang sibuk bagi aku sebagai seorang guru, dai dan warden asrama.
6.00 am Solat subuh.
6.15 am Persediaan akhir untuk penyampaian ABJZ.  Download video cinta muka buku (Najwa Latif) , versi Islamik dan video I've proposed.  Linkkan dalam power point ABJZ.  Dapat bahan baru untuk modul tu.  Tambahan lagu ombak rindu versi taubat.  Print kan skrip ABJZ Pak Lang sebagai bantuan untuk sessi doa.  Aku jumpa print modul Perfect Score Melaka berserta jawapan untuk kegunaan sahabat2 Abu Kassim, Salleh dan Kak Hajah Rokiah.
7.30 am: Pergi ke Mozac untuk ambil visuallizer bagi kegunaan Perfect Score Melaka. Selepas itu terus ke SM Vokasional Bukit Katil untuk sesi ABJZ.  Bila tiba di surau, semua pelajar puteri yang terlibat kelihatan begitu ceria dengan baju t shirt berwarna kuning.  Aku memulakan penyampaian tepat jama 8.20 pagi.  Aku nyatakan bahawa ianya bukan satu ceramah tapi satu perkongsian yang akan disampaikan secara santai disertai video-video yang menarik.  Dengar video je, mereka dah teruja...Aku nyatakan kepada mereka tentang gejala sosial di kalangan remaja sudah berada di tahap yang serius.  Pergaulan bebas yang berleluasa telah banyak menjerumuskan remaja membuat maksiat zina dan seterusnya membuang bayi tanpa ada perasaan belas kasihan kasih sayang terhadap bayi itu. Harapan aku pada mereka agar perkongsian hari ini dapat memberi sedikit kesedaran kepada mereka bahawa zina itu haram dan perlu menjauhi zina.  Yang paling penting ialah mereka akan berubah menjadi remaja yang lebih baik daripada semalam iaitu remaja yang soleh.  Alhamdulillah, perkongisian berjalan dengan baik..tanpa ada yang tertidur..aku memang elakkan daripada banyak bercakap meleret-leret, semuanya straight to the point.  Tak sangka pula melihat mereka terkedu dengan senikata cinta muka buku versi Islam...seolah-olah mereka faham itulah cara remaja Islam mengelakkan diri daripada maksiat..Setelah aku tunjukkan video I've proposed, mereka rasa suka sangat tengok video tu. So sweet..bahawa kita tidak perlu bersusah payah risau tentang jodoh dengan cara bercouple dll..Yang penting kita perlu berdoa...begitu cepat sekali mereka menyalin doa tu...
Di penghujung, aku tunjukkan video ombak rindu versi taubat. Aku pun secara spontan menangis sepuas-puasnya bila ikut senikata lagu tu..memang syahdu sekali lagu tu...Perasaan itu terbawa-bawa ketika aku membacakan doa penutup memohon agar anak-anak ini diberi petunjuk untuk berubah menjadi lebih baik lagi.  Aku sedar ada juga pelajar yang menitiskan air mata ketika doa dibacakan.  Alhamdulillah acara terakhir ialah membaca ikrar pelajar agar mereka berjanji untuk tidak melakukan zina dan menjauhi zina...Program tamat tepat jam 10.00 pagi.  Nabil pun tiba untuk slot hijrah seterusnya.

10.15 am : Aku pun bertolak ke SM Syed Zaharuddin di Merlimau untuk menjadi fasilitator program Perfect Score anjuran Majlis Pengetua Melaka bagi pelajar cemerlang.  Aku dah bantu sediakan modul berserta jawapan.  Kak Hajah yang mengeditnya..Bangga juga dengan diri sendiri dapat buat modul.

11.00 am: Program fizik pun bermula..Kak Hajah beri ceramah tentang teknik menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2 selama 45 minit.  Kemudian pelajar membuat latihan.  Ada hampir 300 pelajar seluruh Melaka yang dibahagikan kepada 25 kumpulan..Berjumpalah dengan 4 pelajar Mozac.  Ramai juga yang kenal aku..he..ni semua sebab buku Intensive Notes tulah..Ada juga pelajar tuisyen aku.  Mereka diberi masa

Friday, June 29, 2012

International Exhibition for Young Inventors IEYI Bangkok 2012

Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah telah berpeluang menyertai pertandingan rekacipta International Exhibition for Young Inventors kali ke 8 di Bangkok Thailand mulai 27 Jun - 1 Julai 2012.  Mozac mempertaruhkan projek 'Energy Speed Bump'. Seramai 5 orang pelajar menyertai rombongan ini. 

Muhammad Adib B Mohd Adam, Badrul Hisham B Zulkiple, Jananieswary, Ahmad Naim Hanapai dan Amirul Hamizan B Hamee.


Kami bertolak ke LCCT airport dengan menaiki coaster sekolah pada pukul 9 pagi 27 jun. 

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012



Ya Allah hari ni 1.1.2012.  Tiba lagi tahun baru.  Tekad dengan azam baru yang skripnya mungkin sama saja setiap tahun.  Terlalu banyak perkara yang aku ingin lakukan pada tahun lepas tapi rasanya masih belum  tercapai lagi.  InsyaAllah tahun 2012 ni aku akan teruskan dengan segala perancangan tahun lepas dan bertekad untuk membuat lebih banyak lagi perubahan pada diriku.