Showing posts with label Pesanan dan motivasi Islam. Show all posts
Showing posts with label Pesanan dan motivasi Islam. Show all posts

Friday, August 31, 2012

ERTI SEBUAH KEMERDEKAAN


[Kredit]
"Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam."

[Rabi'e bin Amir]

Selamat Hari Kemerdekaan yang kelimapuluhlima, Malaysia!

Source: Angelpakaigucci.blogspot.com

Wednesday, May 9, 2012

Karakter yang berkualiti Lebih berharga daripada 100 unta merah

 

“Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam perjalanan jauh.” [Hadith riwayat al-Bukhari]

Sebarang usaha untuk melembik dan menggedikkan pemuda umat ini, akan saya banteras dengan upaya yang ada, moga dibantu Allah.

Di dalam sebuah rumah di Madinah, ‘Umar al-Khattab radhiyallaahu ‘anhu duduk bersama dengan sekumpulan sahabat. Beliau berkata kepada mereka, “nyatakan harapan kamu!” Salah seorang daripada mereka berkata, “impianku adalah untuk memiliki emas yang dapat memenuhi rumah ini, agar aku dapat membelanjakannya di jalan jihad.”

Kemudian ‘Umar berkata lagi, “nyatakan harapan kamu!” Seorang lagi sahabat berkata, “impianku adalah agar rumah ini penuh dengan permata dan mutiara agar semuanya dapat kubelanjakan untuk jihad dan kebajikan fi sabilillah.”

‘Umar berkata lagi buat kali yang ketiga, “nyatakan harapan kamu!” Lalu sahabat-sahabat yang ada berkata, “kami sudah tidak tahu apa yang patut diperkatakan wahai Amirul Mu’minin.”

Lalu ‘Umar berkata, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!”

4 Tanda Hidup Tak Berkat

 

Salam, banyak sebenarnya tanda-tanda jika kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatan namun sebahagian tanda-tanda dibawah ini juga jelas membayangkan kehidupan kita ini tidak mendatangkan keberkatanNYA Na’uzubillah

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.

2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

Aduh, alangkah malang dan rugi nya kalau kita gagal mendapat keberkatan dalam hidup ini. Kerana kita bukan saja akan rugi di dunia ini, malah akan bangkrap di akhirat nanti. Na’uzubillah. Sama-sama kita taubat dan mohon taufik hidayah daripada Allah ta’ala untuk memperbaiki iman dan amal kita masing-masing. Sama-sama muhasabah dan mengingati diri sendiri juga

Monday, April 23, 2012

Imbangkan Antara Merancang dan Berusaha Bermati-matian dengan Bertawakkal Penuh Kepada Ilahi



‎"Rehatkan dirimu dari sibuk mengatur urusanmu, kerana segala yang telah diurusuntukmu oleh "Selainmu", tidak perlulah lagi kamu turut mengurusnya"

أَرِحْ نَفْسَكَ مِنَ التَّدْبِيْرِ، فَمَا قَامَ بِهِ غَيْرُكَ عَنْكَ لاَ تَقُمْ بِهِ لِنَفْسِكَ

Selepas kita merancang dan mengatur masa hadapan kita dengan pelbagai ilmu strategi moden; ambillah masa untuk melupakan sementara usaha kerdil kita itu

Tumpukan dengan yakin disebalik itu semua, Dialah Pengatur sebenarnya. Dia hanya minta kita lakonkan untuk mencari sebab musabab atau course and effect. Bersungguhlah kita mengatur dan merancang, tapi bagi masa untuk menyerahkannya kepada Ilahi

Itulah azam dan tawakkal namanya

Cubalah ukur banyak mana masa kita merancang dan banyak mana pula kita bertawakkal. Ada yang bergaduh sesama mereka pasal perancangan, tetapi mereka lupa keputusan akhir di tangan Allah S.W.T jua

Ini sekali lagi, tidak menafikan kepentingan merancang. Kata-kata Ibnu Athaillah di atas sekadar mengimbangkan antara kesibukan merancang dan kesibukan bertawakkal. Moga tidak disalah ertikan kata-kata hikmah ini

PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN (1938 - 2004)



KEPADA PEMUDA DAN PEMUDI

Wahai anak-an
akku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. 

Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.

Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.

Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


SUMBER : Jkkk Fan Club

Friday, December 16, 2011

Orang Yang Baik Pergaulannya


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.” Riwayat at-Tarmizi

Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.

Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.
                                          
Ketika kita bangun pagi ini..mungkin ada insan yang bernafas untuk terakhir kali malam tadi..Bersyukurlah kita diberi pluang melewati Hari Baru ini sekali lagi untuk bertaqwa padaNYA..~

~♥> Setiap kali kamu bangun pagi, tanyalah dirimu mengapa kamu masih hidup? Jika jawapanmu kerana sihat, itu salah kerana ramai org sihat yg mati..Jika jawapanmu kerana muda, itu juga salah kerana ramai org muda yg mati..Jawapannya adalah kerana ALLAH memberikan mu peluang utk BERTAUBAT..~



Santapan Rohani

BETAPA BESARnya nilai WANG KERTAS bernilai RM1 apabila dibawa ke MASJID
untuk diSEDEKAHkan; 
Akan tetapi..
BETAPA KECILnya kalau dibawa ke Mall untuk diBELANJAkan...



                       vvs
BETAPA LAMAnya melayani Allah selama LIMA BELAS MINIT;
Akan tetapi..
BETAPA SINGKATnya kalau kita MENONTON FILEM...



        
















BETAPA ASYIKnya apabila pertandingan BOLA diPANJANGkan WAKTUnya; Akan tetapi..
BETAPA MENGELUHnya kita ketika KHUTBAH di masjid lebih LAMA sedikit daripada BIASA...
                   

BETAPA beria-ianya orang untuk berada di barisan paling HADAPAN dalam PERTANDINGAN atau KONSERT;
Akan tetapi..
BETAPA SENANGnya berada di saff paling BELAKANG ketika berada di MASJID..
             
BETAPA SULITnya untuk mencari KATA-KATA ketika berDOA (spontan);
Akan tetapi..
BETAPA MUDAHnya kalau MENGATA atau MENGUMPAT tanpa perlu berFIKIR PANJANG-PANJANG..
                             


BETAPA SULITnya untuk memBACA satu helai AL-QURAN;
Akan tetapi..
BETAPA MUDAHnya memBACA 100 halaman dari NOVEL atau MAJALAH yang LARIS.


BETAPA SULITnya untuk menyediakan WAKTU untuk SOLAT 5 waktu;
Akan tetapi..
BETAPA MUDAHnya menyesuaikan WAKTU dalam SEKEJAP pada saat terakhir untuk AKTIVITI yang menyenangkan..

BETAPA SULITnya untuk mempelajari ERTI yang terkandung di dalam AL-QURAN; Akan tetapi..
BETAPA MUDAHnya untuk mengulang-ulangi GOSIP yang SAMA kepada ORANG LAIN...

BETAPA MUDAHnya membuat 40 tahun DOSA demi meMUASkan nafsu berahi semata-mata; Akan tetapi..
BETAPA SULITnya ketika menahan NAFSU selama 30 hari ketika berPUASA di Bulan RAMADHAN..

BETAPA MUDAHnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh SURAT KHABAR; Akan tetapi..
BETAPA SULITnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh Kitab Suci AL-QURAN..
                                    


BETAPA TAKUTnya kita apabila dipanggil BOSS dan CEPAT-CEPAT mengHADAPnya; Akan tetapi..
BETAPA kita BERANI dan LAMAnya untuk mengHADAP ALLAH saat berkumandangnya sahutan AZAN..

Fikir2kanlah..-)