Showing posts with label remaja. Show all posts
Showing posts with label remaja. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Wahai Pemuda, Generasi Kita Sangat Istimewa

Aku selalu dengar, kata-kata seperti…
“Kita dah makan garam banyak mana sekalipun, orang-orang tua dah makan garam lebih banyak daripada kita”
Aku punya respond…. Yup diorang dah banyak makan garam, tapi mungkin zaman sekarang ni bukan zaman orang perlukan garam, tapi zaman orang perlukan ajinamoto! (okay tak sihat)


Ada plak yang kata….
“Korang ingat korang matang sangat ke kat FB dan Blog untuk mengatakan orang lain tidak matang? Korang punya pengetahuan dan pengalaman tu terlalu cetek!”
Aku punya respond…. Tiada manusia yang mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman seorang individu melainkan jika dia memang mengenalinya dengan mendalam…. Rasulullah  dan Omar (sahabat yang mempunyai kefahaman paling power) sendiri tidak memandang pada umur seseorang, tetapi memandang kepada kualiti seseorang… sehinggakan seorang pemuda boleh memasuki syura tertinggi Omar, iaitu Ibnu Abbas….
Of coz, seperti majoriti orang-orang dewasa sekarang, orang-orang dewasa zaman Omar juga membangkang kerana merasakan Ibnu Abbas terlalu muda…. Semuda anak-anak mereka… Namun Omar membackup Ibnu Abbas dengan pelbagai hujah dan beliau tetap dengan pendiriannya


Aku masih lagi seorang pemuda. Alhamdulillah… Dan atas sebab tu aku sangat meyakini bahawa masa depan dunia ini terletak di tangan pemuda pada masa sekarang, seperti yang dikatakan oleh sadina Ali:
“Kalau engkau ingin melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah kepada pemuda-pemudanya”
Sultan Muhammad Al-Fatih menawan Constantinople pada umur 21 tahun, tidakkah pada ketika itu beliau merupakan seorang pemuda?
Umar Abdul Aziz mula menjadi seorang gabenor Madinah pada usia 23 tahun, tidakkah pada ketika itu beliau merupakan seorang pemuda?
Malahan pernah suatu hari Omar menyuruh untuk para sahabat ‘bermimpi’…. Maka ada  yang mengatakan aku bermimpi untuk mempunyai emas yang setinggi gunung, supaya boleh menginfakkan kepada Allah, ada pula yang mengimpikan berlian
Tetapi Omar mengimpikan pemuda-pemuda seperti Abu Ubaidah Al-Jarrah, Muaz Bin Jabal dan Salim hamba Huzaifah, supaya beliau dapat menggunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah!

Wahai Pemuda
Generasi pemuda zaman kini sangat berbeza daripada zaman dahulu, malahan sangat berbeza dengan generasi pemuda 10 tahun dahulu… Kenapa? Kerana sekarang ini zaman teknologi maklumat, golongan pemuda kini mampu mengetahui isu-isu semasa dalam dan luar negara, dari isu politik, ekonomi sehingga isu-isu agama, dengan melakukan sesuatu yang mereka sukai, iaitu bermain FB…
Golongan pemuda kini juga mampu memiliki segala cabang ilmu dari hujung-hujung jari mereka, sebut sahaja inginkan ilmu berkaitan jantung? Ataupun inginkan ilmu berkaitan kereta hybrid? Ataupun inginkan ilmu berkaitan beza antara insurans dan takaful? Ataupun inginkan dalil-dalil untuk apa-apa sahaja amalan daripada dalil bacaan solat sehinggalah dalil hudud, semuanya boleh dijumpai di internet
Jika dahulu antara ciri-ciri yang menjadikan ISHAB power adalah kerana dia menyaksikan pelbagai saat-saat bersejarah di zamannya… Hakikatnya zaman kini mampu melahirkan ribuan malahan jutaan pemuda yang mempunyai ciri tersebut…. Berapa ribu atau jutaan pemuda seluruh dunia yang menyaksikan saat-saat jatuhnya Hosni Mubarak secara live? Berapa ribu atau jutaan pemuda yang menyaksikan kejadian Mavi Marmara yang direkod ketika kejadian itu berlaku? Berapa ribu atau jutaan pemuda zaman sekaran yang sudah mula memahami korupsi yang berlaku di dalam dan luar negara? Yang menyaksikan bagaimana ulama-ulama dalam dan luar negara berbeza pendapat? Yang menyaksikan Palestin diterima masuk Unesco yang hanya berakhir dengan dipercepatkan penjajahan tanah Israel kepada Palestin!!??
Adakah golongan dewasa zaman sekarang mendapat nikmat sebegitu pada zaman mereka masih seorang pemuda?
Tidak… Maka bersyukurlah kepada Allah atas nikmat ini….
Zaman sekarang ini seorang individu mampu untuk menggegarkan dan menyampaikan mesej kepada seluruh negara sehingga membuka mata semua orang… Dan pemuda adalah golongan yang mempunyai pemikiran yang ‘jernih’, yang mampu untuk menilai semua perkara dan menilai apa yang baik dan apa yang buruk, tanpa begitu ‘bias’ kepada satu-satu pihak… kerana kita masih muda, dan tidak dicemari dengan pengalaman-pengalaman pahit yang besar….

Wahai Pemuda
Kitalah generasi yang akan memimpin dunia pada masa hadapan. Jika kita inginkan perubahan pada pemimpin maka ubahlah diri kita supaya kita akan menjadi pemimpin pada masa hadapan se’ideal’ yang kita harapkan sekarang….
Jika kita harapkan pada masa hadapan ekonomi Islam akan kembali, maka kaji dan sebarkanlah kefahaman ekonomi Islam itu kepada member-member kita dan adik-adik kita dari sekarang lagi, semoga dengan itu dalam 30 tahun lagi semua masyarakat yang menjadi ‘key player’ pada masa itu memahami konsep ekonomi Islam yang sebenarnya
Jika kita harapkan Malaysia ini menjadi sebuah negara Islam… Maka marilah kita mentarbiyah kawan-kawan kita zaman sekarang dengan tarbiyah Islam yang sebenar-benarnya…. Dengan akhlaq Al-Quran, dengan ibadah Rasulullah, dengan aqidah Allah dan Akhirat… semoga dengan itu apabila pemuda-pemuda sekarang menjadi ibu bapa, maka mereka akan menanam tarbiyah yang sama malahan lebih baik lagi kepada anak-anak mereka
Dan akhirnya generasi selepas kitalah yang akan menjadi generasi yang dipenuhi dengan rijal-rijal Islam sejak kecil lagi…. Yang menjadi generasi yang bermimpikan untuk membuka Rom Barat sejak umur 6 tahun lagi… Yang menjadi hafiz pada usia semuda 10 tahun, Yang akan menggegarkan negara dan dunia dengan kebenaran Islam pada usia belasan tahun…
Dan pada ketika itu kitalah yang akan menjadi syeikh-syeikh kepada mereka… Maka bersiapkanlah diri kita untuk menjadi pembangkit semangat, menjadi tempat rujukan ilmu, dan menjadi penyokong tempat mereka mengadu jika mereka ditimpa ujian….
Diharapkan post ini dapat menyedarkan semua pemuda….
Cukup-cukuplah main game, cukup-cukuplah tengok cerita korea, cukup-cukuplah meluangkan masa untuk benda-benda yang tidak berfaedah
Kerana kita sepatutnya sedar bahawa masa depan dunia berada ‘di tangan’ kita (dengan izin Allah)…. Dan kita sepatutnya sedar bahawa kita perlu mempersiapkan diri kita untuk masa hadapan, masa di mana kita akan menjadi pemimpin dan rujukan kepada orang-orang yang lebih muda daripada kita

Dakwah ini sya’bun (rumit) tapi hasilnya tsabit (tetap)
Dakwah ini thawil (panjang) tapi hasilnya ashil (asli)
Dakwah ini bathi’ (lambat) tapi hasilnya ma’mun (terjamin)
Wahai Pemuda, kita adalah generasi pemuda yang baru, sangat istimewa dan berkelebihan berbanding generasi-generasi pemuda sebelum kita
p/s: gembira dengan perubahan sambutan tahun baru di Malaysia, dihadiri 70,000 orang pemuda, untuk mendengar ceramah sambil menyambut tahun baru
Izzuddin Yussof
Economics and Actuarial Science
University of Southampton 

http://dakwat.org/?p=381

Friday, December 30, 2011

Cinta Muka Buku (FaceBook la)

Lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif telah menjadi satu fenomena di kalangan remaja kini.  Najwa baru berusia 16 tahun bermakna masih belajar lagi di tingkatan 4.  Nyanyiannya yang bersahaja mula popular di YouTube.  Lagu yang mengisahkan bagaimana facebook menjadi penghubung cinta antara dua remaja walaupun mereka tidak pernah berkenalan.  Mereka mula berjumpa dan berputiklah cinta yang dipanggil cinta remaja..or cinta monyet..


Jadi apa masalahnya dengan cinta muka buku ni?  Tak kanlah nak bercinta pun tak boleh.  Kalau tidak tak seronoklah hidup.  Remaja kan suka enjoy....Tak kelas la kalau tak ada pasangan bercinta..Kolot la...

Realitinya ialah banyak gejalan sosial yang berlaku terutama di kalangan remaja semuanya bermula atas nama CINTA.  Cinta dipandang sebagai perjuangan yang agung.  Ini berpunca apabila cinta itu dijadikan matlamat utama: Menjadikan cinta sebagai matlamat utama kehidupan kita.  Sanggup berkorban apa sahaja terutama maruah diri demi nak pertahankan cinta. Apabila kita meletakkan cinta sebagai matlamat utama hidup, secara tidak langsung, cinta itu tadi telah mereka campurkan dengan perkara-perakara lain.  Nafsu, keburukan-keburukan, maksiat-maksiat dan sebagainya yang tidak suci yang kemudiannya akan mencemarkan kesucian cinta itu tadi. 
Rasulullah telah melarang dating atau berdua-duaan melalui sabdanya yang bermaksud," Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan wanita melainkan syaitan menjadi orang ketiga." Riwayat Tirmizi dan Ibnu Umar.
Mengapa salah?  Kerana syaitan yang ketiga itu akan menggoda dan menghasut mereka untuk melakukan sesuatu bermula dari pandangan mata, kemudian tangan mula meraba-raba dan terjadilah maksiat yang kita amat takuti iaitu zina..
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja.

Banyak NAFSU banyak juga MAKSIATnya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
daripada terjebak didalam nya
harus elakkan semuanya dari mula..








Friday, December 23, 2011

Nasihat Pemuda kepada Pemudi : Pakailah HIJAB

Wahai saudari, jangan terpedaya hasutan syaitan. Sesungguhnya kewajipan hijab datangnya dari Tuhan kita yang Maha Memberi.  Kita telah mendengar kata-kata yang ajaib dari saudari kita. Ungkapan mereka tidak menyenangkan tentang hijab mengatakan di antara pakaian yang hitam gelap, bagaikan diikat khemah di atas tengkuk. Kononnya mereka mengajak untuk membebaskan para gadis, lalu ditulis tentangnya di dalam buku mereka melakar cara berhias yang kononnya tidak akan merugikan para pemuda. Wahai saudariku inilah lolongan pembenci umpama serigala. Maka nerakalah seburuk-buruk tempat pembalasan bagi orang yang zalim.   Allah akan membentangkan segala kezaliman mereka di hari perhitungan
DAN SYURGALAH SEBAIK-BAIK TEMPAT KEMBALI

Thursday, December 22, 2011

Betulkah nak jadi Doktor

December 21, 2011 by 
Persoalan yang dilontarkan di atas adalah kesinambungan dari mesej yang dilontarkan sebelum ini melalui artikel Jangan Berhenti Berimaginasi. Persoalan yang saya lontarkan sebelum ini sebenarnya adalah buah dari kerisauan saya sejak sekian lama terhadap budaya ‘tidak kisah’, ‘tidak tahu’, ‘tak nak fikir lagi’, ‘awal lagi’ dan yang seangkatan dengannya, yang mana sebenarnya merupakan simptom masalah mengikut arus dan tidak jelas matlamat.

 Pengalaman belajar dan berkerja di Australia sepanjang lapan tahun ini memberi peluang kepada saya untuk melihat dan menilai sendiri sejauh mana benarnya hipotesis saya. Sejak dulu saya percaya dengan teori yang sebahagian besar dari kita ‘dipilih’ berbuat apa yang kita buat dari ini dan bukannya ‘memilih’. Kesannya, kita jadi kurang yakin dengan apa yang buat, tidak bersungguh dan tidak jelas dengan masa depan.

Berapa ramai remaja yang bila ditanya tentang cita-cita, akan menjawab doktor, jurutera, arkitek dan seangkatan dengannya. Bila soalan itu disusuli dengan persoalan kenapa, pasti kebanyakannya akan terhenti seketika dengan fikiran merawang-rawang memikirkan jawapan yang sesuai. Hakikatnya kebanyakan soalan itu sekadar untuk melegakan hati. Jauh disudut hati masing-masing, jawapan sebenarnya ialah:

‘..sebab dulu masa sekolah rendah saya cemerlang, lepas tu dipilih masuk sekolah asrama penuh, dan di sekolah asrama penuh semua orang ambil aliran sains, kemudian saya ditakdirkan cemerlang pula SPM, maka mintalah biasiswa luar negara…sebab semua orang yang skor straight A macam saya minta biasiswa ni…dan mak ayah pun suruh minta perubatan sebab diorang tak suka sangat perempuan ambil engineering..”

Serta jawapan-jawapan yang seangkatan dengannya. Maka tidak hairanlah, biarpun sudah tahun akhir di fakulti perubatan, masih tidak jelas kemana arah dituju. Bukankah suatu kerugian besar, kita lahirkan sekelompok manusia yang bijak, tetapi akhirnya mereka ini menswastakan masa depan mereka untuk ditentukan oleh arus.

Saya tidak mengatakan pilihan anda hari ini salah dan anda harus memilih apa-apa yang melawan arus seperti memilih membuat sains akuakultur atau memilih untuk melukis potret di jalanan. Tetapi mesej penting yang saya ingin anda dapat ialah berfikir dengan neraca sendiri, meneroka kemampuan diri, melakar misi hidup sendiri dan seterusnya menerjah kehidupan dengan cita-cita ‘sebenar’ anda. Dengan itu baru anda punya semangat untuk mencari sesuatu dalam hidup dan tidak sekadar berlegar-legar dalam ‘penjara misi’ yang orang lain ciptakan untuk anda.
 Berhenti sekejap dari apa pun yang anda sedang lakukan, fikirkan, inikah yang anda mahu lakukan seluruh usia anda?
 Saya kongsikan di sini kerana saya adalah sebahagian dari mangsa. Menjadi doktor atas misi yang saya sendiri tidak pasti. insyaAllah kita kongsikan dalam siri akan datang
 Penulis kini merupakan Psychiatry Resident Medical Officer di salah sebuah hospital di South Australia.

Tuesday, December 20, 2011

Pemuda bervisikan Akhirat



Tiada perkara yang lebih mengejutkan diri saya, melainkan apa yang saya temui dalam beberapa
borang soal selidik dalam sebuah kajian yang dijalankan di sebuah universiti. Borang ini diisi oleh
para responden yang terdiri daripada pesalah juvana di sebuah pusat tahanan. Soalan yang
dikemukakan, sekaligus mengusik perhatian saya, ialah berkaitan dengan sistem nilai dan
kepercayaan mereka.
Ramai di kalangan responden, tanpa perlu menyebut angkanya, memilih dan menjawab bahawa
mereka tidak percaya pada pembalasan pada hari akhirat. Responden ini tidak percaya adanya
syurga dan neraka!


Saya begitu dukacita. Mereka masih remaja. Anak-anak muda seagama dan sebangsa. Para
pesalah juvana ini jujur mengakui ketidakpercayaan mereka kerana tiada siapa mengetahui apa
yang mereka tulis dan tanda pada borang tersebut. Apa yang menghairankan, responden itu masih
mengakui bahawa Allah adalah tuhan. Bagaimana mungkin, seorang yang mengaku beriman
kepada Allah boleh berpegang dengan kepercayaan bahawa Allah tidak menyediakan apa-apa
balasan di akhirat sana.
Persoalannya, adakah kerana sistem nilai dan kepercayaan yang tidak percaya dengan kewujudan
syurga dan neraka telah menyebabkan para juvana ini terjebak ke kancah jenayah? Apakah
puncanya sehingga mereka berkeyakinan sedemikian? Adakah kerana terlalu kecewa dengan
ujian kehidupan yang mereka lalui? Adakah terlalu pesimis dengan ketidakadilan, jika ada, yang
berlaku kepada diri mereka? Ataupun berkemungkinan mereka tiada ilmu tentang hari akhirat serta tidak pernah mendengar perincian tentang syurga dan neraka.


Hidup Tanpa Sentuhan Akhirat
Inilah punca mereka melakukan jenayah. Biarpun kenyataan ini perlu dibuktikan secara empirikal,
namun sistem nilai yang longgar adalah faktor seseorang berkonflik dengan undang-undang.
Remaja dan anak muda yang terjebak dengan jenayah mempunyai masalah dalam sistem nilai
mereka. Mereka kurang rasa diawasi oleh Allah, merasa dosa boleh dipermudahkan dan
meringan-ringankan suruhan Allah.
Sedangkan, usia muda adalah perkara yang dinilai oleh Allah di mahsyar kelak. Bagaimana
seseorang mengisi usia mudanya akan diperhalusi oleh Allah di samping persoalan lain. Daripada
Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah bersabda:


Kalaulah para pesalah juvana itu mengetahui bahawa usia muda mereka akan dipersoalkan,

mereka akan berfikir beberapa kali sebelum melakukan kesalahan atau jenayah. Mereka akan
berfikir tentang kesan bagi sesuatu perbuatan. Itu sudah cukup untuk menghilangkan selera untuk
menderhakai Allah. Jika ingatan terhadap Allah dan hari Akhirat tidak terlintas di hati, manusia
akan hilang rasa takut dan malu. Lantas, mereka akan melakukan apa sahaja maksiat yang
dibisikkan oleh nafsu dan syaitan kepada mereka.
Ini turut menunjukkan bahawa taqwa atau takut kepada Allah memerlukan elemen keimanan
kepada hari Akhirat. Seseorang itu memiliki taqwa apabila setiap gerak geri hidupnya dipandu
dengan rasa takutnya kepada pembalasan Allah di akhirat nanti. Semakin tinggi pengetahuan,
kefahaman dan imannya tentang perihal akhirat, semakin tinggi graf taqwanya. 
Allah berfirman:


Ibn Kathir menjelaskan ayat di atas: “Allah berfirman mengancam manusia dengan hari kiamat
serta memerintahkan mereka untuk bertaqwa, takut dan khuatir akan hari Kiamat…” Hanya
ketakutan kepada hari Akhirat akan membentuk tingkah laku seseorang. Selanjutnya, ayat di atas
menjelaskan bahawa hari Akhirat adalah hari akauntabiliti. Jika di dunia, para juvana yang ditahan
polis, masih boleh diikat jamin dan dibebaskan. Begitu juga jika dibicarakan di mahkamah, ibu
bapa masih boleh membayar wang jaminan bon berkelakuan baik. Namun, semua kesalahan di
akhirat akan dipertanggungjawabkan ke atas pelakunya sendiri. Tiada lagi perlindungan,
pembelaan atau penebusan. Itulah sebabnya Allah menyuruh agar manusia bertaqwa kepada-Nya
dan takut akan hari Akhirat. Penegasan terakhir pada ayat di atas ialah tentang syaitan yang suka
memperdaya manusia. Allah mengingatkan dalam ayat yang lain bahawa syaitan menipu manusia
dengan memberikan janji kosong dan membangkitkan angan-angan kosong. 
Allah berfirman:
"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan
kosong kepada mereka, sedangkan syaitan itu tidak menjanjikan mereka selain dari tipuan
belaka." (Surah al-Nisa’: 120)


Wahai Pemuda, Jadilah Pendakwah
Remaja dan anak muda hanya menyediakan telinga untuk rakan sebaya mereka. Faktor usia
penasihat, penegur dan pembimbing memang mempengaruhi penerimaan remaja terhadap
kandungan dakwah. Justeru, peranan ini perlu serius diambil oleh orang muda sebelum rakan
sebaya mereka terlibat dengan pelbagai maksiat atau bermasalah dengan undang-undang.
Remaja yang beriltizam dengan Islam perlu memandang rakan sebaya mereka sebagaimana para
penggerak multi level marketing (MLM) memandang bakal pelanggan. Kita perlu memandang
mereka sebagai prospek. Mereka adalah sasaran untuk diajak mendekati Allah dan melakukan
kebaikan. Fahamkanlah perkara asas akidah kepada mereka, terutamanya perkara berkaitan
akhirat, syurga dan neraka. Ini kerana keimanan pada hari akhirat adalah pembentuk tingkah laku
seseorang. Jika penjual MLM galak bercerita dan memperincikan tentang kehebatan bonus dan
pelbagai ganjaran yang bakal diperolehi kepada ‘mangsanya’, begitulah caranya juga jurudakwah
muda perlu bekerja. Kita perlu kemukakan kepada remaja tentang nikmat syurga dan azab neraka, agar dua destinasi itu menjadi relevan dalam perkiraan hidup mereka.
al-Quran merakamkan banyak kisah pemuda, terutamanya para Nabi yang berdakwah ketika usia

puncak mereka. Contohnya, Nabi Ibrahim giat berdakwah pada usia mudanya, ketika masih
berdarah panas. 
Allah menceritakan:
"Mereka berkata: “Kami dengar ada seorang pemuda yang mencela berhala-berhala ini
yang bernama Ibrahim.” (Surah al-Anbiya’: 60)
Para pemimpin masyarakat itu terkejut dengan keberanian seorang anak muda yang menongkah
arus dan menentang sistem kepercayaan arus perdana. Memang hanya anak muda mempunyai
daya sebegini. Nabi Ibrahim bukan sahaja mencela tuhan ciptaan itu, tetapi juga mempersoalkan
kerasionalan penyembahan mereka. Malah, berhala-berhala itu dipecah-pecahkan. Suatu
provokasi yang boleh dikategorikan sebagai ‘usaha memecahbelahkan masyarakat’, jika menurut
kaca mata penganalisa pada zaman ini.
Begitu juga dengan Nabi Yusuf dan Nabi Musa yang memulakan tugas keRasulan pada usia muda.
"Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami
beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah Kami membalas
orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah Yusuf: 22)


"Dan ketika Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatan-Nya dan
sempurna, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikian Kami
membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya." (Surah al-Qasas: 14)
Para ahli tafsir mempunyai pandangan yang pelbagai tentang maksud ‘asyud’. Ibn Jarir
mentakrifkan sebagai kemuncak kekuatan.  Manakala Ibn Kathir menjelaskannya sebagai kuat, remaja dan sifat kelakian.  Sebaliknya, al-Shawkani menekankan bahawa ‘asyud’ bermaksud mencapai umur baligh dengan menampakkan kecerdikan mereka.  Biar apapun maksudnya, ayat-ayat ini menunjukkan bahawa para Rasul ini telah mula menggalas tugas dakwah apabila mencapai usia muda, ketika fikiran, tenaga dan fizikalnya sedang kuat dan segar.
Apa perkara yang perlu didakwahkan? Jawapannya, “aqidah awwalan!” Aqidah yang pertama.
Berdakwahlah kepada mereka tentang akidah, perkara paling asas atau fundamental dalam
agama ini. Akidahlah yang diperjuangkan oleh semua para Rasul terlebih dahulu sebelum
membetulkan mana-mana ketidakadilan sosial. al-Quran merekodkan seruan semua para Rasul
ini:
"Takutlah kalian kepada Allah dan taatlah kalian kepadaku." (Surah al-Syua’ara’: 108)


Jika remaja mendekati Islam menerusi pintu yang lain terlebih dahulu, seperti politik dan khilafah
contohnya, mereka hanya membina asas agama di atas pasir. Sebenarnya, mereka perlu
diperkenalkan dengan dasar-dasar aqidah, perkara yang membatalkan aqidah dan juga unsurunsur
yang menyerang kesucian aqidah.
Benarlah kata Rasulullah s.a.w. sebagaimana berikut yang telah diriwayatkan oleh Mu’az bin Jabal:Rasulullah mengutuskan aku, Nabi bersabda: Engkau akan mendatangi Ahli kitab, maka
serulah mereka untuk mengucapkan kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku ini
adalah Rasulullah. Dan jika mereka mentaati seruan itu, kemudiannya ajarkanlah pula kepada
mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu setiap hari semalam. Dan jika
mereka mentaati suruhan tersebut, kemudiannya ajarkanlah pula kepada mereka bahawa Allah
mewajibkan mereka menunaikan zakat yang diambil daripada orang kaya dan diagihkan
kepada orang fakir. Jika mereka taat dengan perkara tersebut, maka janganlah kamu ambil
harta yang baik-baik untuk zakat dan takutlah doa orang yang dizalimi kerana tiada ada hijab
antara doa tersebut dengan Allah. (Sahih Muslim,)
Mari kita sebarkan dakwah, dengan ilmu yang sahih, agar para pemuda kita hidupnya bervisikan akhirat!
Oleh,
MOHD. AL ADIB
www.al-adib.net
© Hak cipta terpeliha