Showing posts with label video muslimah. Show all posts
Showing posts with label video muslimah. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

BERHIAS

Wanita perlu berhias untuk suaminya kerana apa?  Sebagai pekerja Muslim - berhias untuk tampil cantik, kemas kerana akan bertemu dengan orang ramai.  Rasulullah sebelum ke masjid akan mandi bersihkan diri..Siapakah yang menentukan bagaimana kita perlu hiaskan diri..Rata-rata wanita mahu berhias mengikut apa yang Barat katakan cantik..Padahala acuan Islam ada cara untuk berhias. 
Perhiasan terbahagi kepada zahir dan batin.
Dalam surah an-Nur ayat 31
Jangan zahirkan perhiasan melainkan perhiasan yang sedia zahir (yang tak mungkin boleh ditutup) iaitu muka dan tapak tangan.  Segala perhiasan yang ada di muka seperti celak, gincu yang senipis-nipisnya.  











Friday, December 23, 2011

Nasihat Pemuda kepada Pemudi : Pakailah HIJAB

Wahai saudari, jangan terpedaya hasutan syaitan. Sesungguhnya kewajipan hijab datangnya dari Tuhan kita yang Maha Memberi.  Kita telah mendengar kata-kata yang ajaib dari saudari kita. Ungkapan mereka tidak menyenangkan tentang hijab mengatakan di antara pakaian yang hitam gelap, bagaikan diikat khemah di atas tengkuk. Kononnya mereka mengajak untuk membebaskan para gadis, lalu ditulis tentangnya di dalam buku mereka melakar cara berhias yang kononnya tidak akan merugikan para pemuda. Wahai saudariku inilah lolongan pembenci umpama serigala. Maka nerakalah seburuk-buruk tempat pembalasan bagi orang yang zalim.   Allah akan membentangkan segala kezaliman mereka di hari perhitungan
DAN SYURGALAH SEBAIK-BAIK TEMPAT KEMBALI

Sunday, December 18, 2011



Maybe there's a few slideshow yang terlalu cepat.sorry ! :b enjoy my story,i hope it is bermanfaat and explained everything.

Firstly thankyou so much for everyone yang support and thanks for the doa'.to be honest,saya mmg tak dikenali pun. that's why saya buat video tu and upload.sebab BIASANYA mmg family members atau kawan2 saya je yang akan tengok.dan tak sangka berleluasa pula.

Asalnya video tu nak surprisekan tunang saya dengan menjawab proposal dia and nak cite the real story kpd kawan2 saya.saya tatahu bg impact and org sebar. mmg saya nak delete, tapi lihatkan ada di page ustaz azhar, imam muda ,oh islam apa semua. ramai bantah saya delete atas dasar ,diorang tak focus tentang pertunangan saya.sbb mmg itu bukan niatnya. diorang focus tentang cerita saya yang mana ramai anggap ia memberi msg yang sgt baik .

memandangkan saya hanya typical teenagers yang gila gila apa semua. ramai yang rasa berkait.Lagi pulak nya , saya sendiri pernah tolak general view pasal kahwin yang dipilih ibu bapa.dan saya ambil ini ujian dan pada yang sama syukur sebab mampu bg mesej yang baik kepada semua. sekaligus insyaAllah buat orang pikir banyak kali ttg nak bercouple or bercinta bagai nak rak sebelum kahwin.

lagi satu , jangan risau. saya dan tunang masih kekalkan hubungan halal.kami tidak contact tanpa apa apa tujuan . dan kami berjumpa bila ada hal atau event apa apa.yang pasti dia tak pernah sentuh saya , kami tak pernah duduk berdua.

ttg penyebaran video ni. maaf jika tak senang.bukan niat nak kecoh pasal tunang. i make it that way yang mana kita belajar dari cct . saya ignore the minor harm (which is org akan mengata sy) untuk beri major benefit ,yang mana orang focus pada kisah tidak cepat bercinta atau couple sewenang wenangnya. sebab maksiat berkapel tu lebih berleluasa nak dibandingkan . and bukan kah lebih baik bila saya dah bagitahu saya dah tunang , tiada lagi laki yang ganggu saya. wallhua'alam

btw,terima kasih atas teguran teguran juga. sy harap sy dapat explain dengan baik. apapun yang baik dari Allah, yang tak baik tu silap saya sendiri. Allah tahu niat sebenar saya dan maafkan jika ramai tak senang.

Saturday, December 10, 2011